Assalammualaikum :)
Alhamdulillah, sehari di seminar baitul muslim 2.0 di picc sabtu lepas. esok exam, tapi sgt excited nak berkongsi mcm2 pengajaran sepanjang seminar tersebut. hehe..semoga bermanfaat utk kita semua ok!
yang pertama, apa itu cinta?
memang banyak definisi cinta, tapi cinta yang hakiki adalah cinta yang membawa kita lebih dekat dengan Allah. kalau cinta itu membawa kita semakin jauh dan semakin lupakan Allah, walaupun si lelaki atau wanita tu cakap i love you berjuta2 kali pun, itu bukanlah cinta, tapi kita sedang mengheret orang yang kita cinta itu ke neraka, nauzubillah :(
kedua, bagaimana utk mencari jodoh?
1. Jadi soleh/ solehah..kita perlu jadi baik, bukan cari orang yang baik. bila kita baik, insyaAllah Allah akan temukan kita dengan pasangan yang baik (An-Nur, ayat 26) Allah takkan mungkir janji, kan? :)
2. Ikut pilihan orang yang baik
"Tidak sempurna iman seseorang diantaramu hingga mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya sendiri." (Bukhari - Muslim)
Jadi, orang yang baik akan memilih pasangan yang terbaik utk kita, sepertimana beliau memilih pasangan utk dirinya sendiri :)
3. Ikut cara yang baik- menggunakan orang tengah atau menerangkan hajat kepada orang yang kita sukai. jangan risau kalau kena reject, jangan malu untuk melakukan kebaikan, kerana satu kebaikan perlu dilakukan berkali2 :)
ketiga, fahami perbezaan lelaki dan wanita.
Allah ciptakan lelaki dan wanita dengan sifat yang berbeza2. kerana sifat inilah timbulnya banyak salah faham dalam rumahtangga. jadi, cara utk menyelesaikannya? APPRECIATE SIMILARITIES, RESPECT DIFFERENCES. banyak perkara yang memerlukan toleransi. Kak Wardina pesan, kalau isteri nak suruh suami buat something, jangan expect suami akan faham2 sendiri utk buat, kerana sesungguhnya anda akan kecewa. ask him to do it, tell him. men and women are created to complete each other, not to compete :) dan kepada golongan lelaki, wanita melihat kuatnya anda pada tahap kesabaran anda. tak perlu pergi gym utk body building, that is not what we are looking for :) no no no, tak perlu ok? :)
persiapan?
persiapan perlu bermula dari sekarang. tak kisahlah anda akan berkahwin 10 atau 20 tahun lagi, persiapkan diri anda. dahulukan perkara wajib, sempurnakan perkara fardhu ain, banyakkan amalan sunat, berdamping dengan orang2 yang berilmu, isi masa kosong dengan perkara berfaedah, plan your future. cari kekuatan utk survival, dan belajar untuk tolerate benda2 yg remeh..paling penting, persiapan dari segi financial yer golongan lelaki ;)
next, lelaki baik utk perempuan yg baik?saya ni x cukup baik la, mcm mana nak dapat pasangan yang baik? :((
jangan risau! ustaz pahrol kata, lelaki yang baik utk perempuan yg baik tu bukan hanya utk di awal perkahwinan. mungkin di awal perkahwinan si isteri kurang baik, tapi suami didik beliau sampai jadi baik. atau mungkin si suami yang kurang baik, tapi isteri doakan suami dan Allah makbulkan, maka sama2 mereka jadi baik. ataupun kedua2nya kurang baik, tapi masing2 cuba utk jadi baik, maka dua2 jadi baik, ibarat tangan kiri dan kanan yang kotor, bila dicuci tangan kanan bersihkan tangan kiri, tangan kiri bersihkan tangan kanan, maka kedua2nya jadi bersih..heee lagi sweet kan? :)
dan yang terakhir, jangan takut utk buat benda yang betul. kalau kita lakukan perkara yang baik, insyaAllah hati akan tenang. yang penting, minta dengan Allah. sempitkan ruang penzinaan, luaskan ruang perkahwinan.
sekiannnnn perkongsian utk kali ni..bnyak sgt kalau nk kongsi, tapi ni yg termampu utk entry kali ni.
btw, sapa nak temankan saya pegi program ni angkat tangaannnnn!
0 comments:
Post a Comment