Wednesday, August 18, 2010

siti umairah XD

saya ada kawan. nama kawan saya siti umairah. saya sayang siti umairah. siti umairah baik sgt2. dia suka nanges. kalau saya ada masalah, siti umairah akan tolong saya. kalau saya nanges, siti umairah pun akan nanges jugak. kalau saya ketawa, siti umairah pun akan ketawa jugak. tapi kalau siti umairah merajuk, mmg susah sangat nak pujuk.

siti umairah anak yang baik. siti umairah sayang family dia, setiap kali crita pasal family air mata siti umairah yang akan tewas dulu. kat shah alam dulu ada fon rumah, adik siti umairah selalu call, pastu tanya dengan suara yang comel, 'siti umairah ade siti umairah?'. pastu saya akan gelak2 sbb adik siti umairah comel sangat. siti umairah pun marah2 sebab gelakkan adik dia. rindunyaaa saat2 tu.. :)

kami tak dapat g india sama2. siti umairah sedih sampai berbulan2 hilangkan diri. saya pun sedih sebab siti umairah tinggalkan saya. tapi dalam hati, saya tahu siti umairah takkan hilang lama. sebab siti umairah sayang kawan2 dia. kami semua pun sayang sgt2 kat siti umairah.

siti umairah mungkin tak dapat pegi india, tapi Allah Maha Penyayang. saya yakin Dia dah aturkan kehidupan yang lebih baik utk siti umairah. semalam siti umairah dah fly pegi bali, dia akan lanjutkan pelajaran dalam medic jugak :) insyaAllah kami akan jumpa lagi kat hospital, satu hari nanti.

siti umairah tak tahu kami nak hantar dia kat airport. terkejut dia bila nampak kami. sejak siti umairah hilangkan diri, first time kami berjumpa semalam. hati berdebar2 takut siti umairah hilang lagi. tapi siti umairah baik, dia peluk kami sambil nanges2. dia cakap sorry banyak2 kali. tak perlu la nak sorry2, siti umairah tak salah pun. siti umairah cuma nak main hide and seek ngn kami je kan. hehe..kan saya dah cakap, siti umairah mmg sayang kawan2 dia. :D

trima kasih siti umairah, semalam adalah kenangan yang paling berharga dalam hidup saya. siti umairah nampak cantik sgt pakai blazer. walaupun dulu kita dah janji nak pakai sama2, tak kisah la, yang penting akhirnya kita dapat pakai jugak, walaupun ke destinasi n masa berbeza. dan walaupun destinasi kita berbeza, matlamat kita tetap sama. kita dah janji nak jadi doktor yang baik, nak berbakti kat masyarakat. kan siti umairah?

semoga berjaya kat sana. doa saya dan kawan2 yang lain akan sentiasa bersama siti umairah :)

jangan hilangkan diri lagi ok, nanti kami kat india sedih lagi.. XD


tgk tu siti umairah tgh nanges. comel kan? :)

pegang kuat2 tanak bagi dia hilang lagi :D

siti umairah dgn wan azren hepi dapat gula2 pusing :))

1 comments:

Rudy ZAin said...

ala comelnye la si umai, insyaallah panjang umur jumpe lagi~

Post a Comment