Monday, August 30, 2010

=.='

Ramadhan kali ni datang dengan penuh ujian. bnyk kesedihan yg menjengah sejak kebelakangan ni. esok dah nak balik manipal, terasa berat hati ni nak tinggalkan msia dalam keadaan kelam kabut mcm ni. niat ni hati nak delay je flight sampai lepas raya, tapi tak berani pulak nak balik sorg2 nnt, sebab perjalanan dari bangalore airport ke manipal yang sgt mencabar. so, terpaksa jugak balik walaupun kaki ni tak terasa nak melangkah. barang2 pun tak sempat nak beli lagi. :(

Ya Allah, permudahkanlah segalanya bagiku. AMIN~

banyak bnda sedih nk kongsi kt sini, tapi mood tak smpai lg utk menulis.
next time okie?

slamat berpuasa dan beribadat kawan2 :)

Wednesday, August 18, 2010

siti umairah XD

saya ada kawan. nama kawan saya siti umairah. saya sayang siti umairah. siti umairah baik sgt2. dia suka nanges. kalau saya ada masalah, siti umairah akan tolong saya. kalau saya nanges, siti umairah pun akan nanges jugak. kalau saya ketawa, siti umairah pun akan ketawa jugak. tapi kalau siti umairah merajuk, mmg susah sangat nak pujuk.

siti umairah anak yang baik. siti umairah sayang family dia, setiap kali crita pasal family air mata siti umairah yang akan tewas dulu. kat shah alam dulu ada fon rumah, adik siti umairah selalu call, pastu tanya dengan suara yang comel, 'siti umairah ade siti umairah?'. pastu saya akan gelak2 sbb adik siti umairah comel sangat. siti umairah pun marah2 sebab gelakkan adik dia. rindunyaaa saat2 tu.. :)

kami tak dapat g india sama2. siti umairah sedih sampai berbulan2 hilangkan diri. saya pun sedih sebab siti umairah tinggalkan saya. tapi dalam hati, saya tahu siti umairah takkan hilang lama. sebab siti umairah sayang kawan2 dia. kami semua pun sayang sgt2 kat siti umairah.

siti umairah mungkin tak dapat pegi india, tapi Allah Maha Penyayang. saya yakin Dia dah aturkan kehidupan yang lebih baik utk siti umairah. semalam siti umairah dah fly pegi bali, dia akan lanjutkan pelajaran dalam medic jugak :) insyaAllah kami akan jumpa lagi kat hospital, satu hari nanti.

siti umairah tak tahu kami nak hantar dia kat airport. terkejut dia bila nampak kami. sejak siti umairah hilangkan diri, first time kami berjumpa semalam. hati berdebar2 takut siti umairah hilang lagi. tapi siti umairah baik, dia peluk kami sambil nanges2. dia cakap sorry banyak2 kali. tak perlu la nak sorry2, siti umairah tak salah pun. siti umairah cuma nak main hide and seek ngn kami je kan. hehe..kan saya dah cakap, siti umairah mmg sayang kawan2 dia. :D

trima kasih siti umairah, semalam adalah kenangan yang paling berharga dalam hidup saya. siti umairah nampak cantik sgt pakai blazer. walaupun dulu kita dah janji nak pakai sama2, tak kisah la, yang penting akhirnya kita dapat pakai jugak, walaupun ke destinasi n masa berbeza. dan walaupun destinasi kita berbeza, matlamat kita tetap sama. kita dah janji nak jadi doktor yang baik, nak berbakti kat masyarakat. kan siti umairah?

semoga berjaya kat sana. doa saya dan kawan2 yang lain akan sentiasa bersama siti umairah :)

jangan hilangkan diri lagi ok, nanti kami kat india sedih lagi.. XD


tgk tu siti umairah tgh nanges. comel kan? :)

pegang kuat2 tanak bagi dia hilang lagi :D

siti umairah dgn wan azren hepi dapat gula2 pusing :))

Monday, August 16, 2010

alahai sedihnya..

tadi tiba2 kt fb, nadia tegur,

"ana, ang bukak ni,
http://missbyah.blogspot.com/2010/08/warkah-buatmu-zulkhairil-azmi-bin-md.html"

mula2 dapat link tu, rasa malas nk bukak, sebab dah berhari2 berkelana kt kl ni tanpa laptop. so dapat ja laptop hari ni, mata terus melekat kt fb. adeh sungguh hebat penangan fb ke atas diri ni. terasa bnyk sgt masa hidup ni dibazirkan dgn fb. hmm :(

tapi lepas tu tgk sorg demi sorg membe post link yg sama dekat fb. hati pun tertanya2, apa yang menarik sgt ni.

jari pun terus klik link yg nadia bg td.

adoii panjangnya entry. kurang2 sejam baru habis ni. layan je la, kalau tak baca tak bes plak biarkan diri ni dlm curiosity.

mula2 baca, ingatkan love story. arghh tak sukanya cita jiwang2 neh. tapi nak baca jugak, sebab dah start, tak bes kalau stop tgh2 jalan. n nadia pun dah pesan lepas baca nnt komen. so baca la jugak. baca, baca n baca lagi. smpai kat tgh2, dengan tak semena2 air mata pun kuar setitik demi setitik. hmm bila la hati ni nak jadi kental sket :(

tapi cita tu mmg sedih. pasal friendship, betapa sedihnya bila org yang kita sayang tinggalkan kita secara tiba2. betapa agungnya nilai sebuah persahabatan. dan betapa pentingnya kita menghargai orang yang kat depan mata kita sekarang ni, sebab tak semestinya esok masih milik kita, ataupun milik dia.

tak perlu la nak buat sinopsis kat sini, nnt jadi tak feeling pulak sebab tak pandai nak mengarang ayat2 novel ni. hehe..nak taw cita bukak link tu ye. tapi tu la, thanks to saudari yang menulis, rasa muka ni macam kena tampar2 lepas baca cita tu. sungguh, setiap yang bernyawa pasti akan merasa mati. dan saat kematian tu sampai, terputuslah hubungan kita dengan alam dunia. kematian tu ada kat mana2, cuma kita tak taw bagaimana, bila, dan di mana ajal kita nanti.

takut dengar cita tu, jatuh dari tingkat 5. sempat jugak google gambar2 kejadian, ternampak satu gambar arwah tersembam atas tanah berlumuran darah. tu dah takdir dia, takdir kita mcm mana agaknya? semoga Allah permudahkan sakaratul maut kita.

Thanks Ya Allah, im 20years old, and im still breathing..

hope there will still be tomorrow for me, and for us.. :'(

semoga arwah tenang d sana. Al- Fatihah..

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan is coming :)

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur utk kita bertemu dgn bulan Ramadan. ramai kawan2 kita yang menanti2 kedatangan bulan ni, tapi tak berkesempatan. so utk kita yang Allah still bagi peluang utk merasai nikmat bulan Ramadan, mari kita gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya.

Memang dari kecik, kita selalu dengar orang cakap bulan Ramadan bulan yang mulia. kita sendiri slalu sebut, tapi apa yang kita buat utk memuliakan bulan ni? masa kecik2 dulu, mmg seronok nak puasa, sbb org selalu cakap kalau tak puasa takleh raya. so btahan la jugak walaupun perut ni lapar sgt. kadang2 tu curik2 pecah puasa. haha. penah sekali dlu ajak kakak pecah puasa ratah milo. smpai mak pelik tgk milo luak semacam je..

time tu, kita still tak faham apa erti puasa yang sebenarnya. tak paham sbb Allah suruh hamba2Nya berpuasa, even malam2 niat 'sahaja aku puasa esok hari bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala', maksud kerana Allah Taala tu tak betul2 dihayati. sekadar menyebut tapi tak memahami. so puasa la hari2 smpai cukup 30hari. nak habiskan sehari tu macam2 agenda yang kita buat. main games, pegi shopping, tido, dgn harapan masa akan berlalu dgn cepat, so dat kita dapat bukak puasa n makan sedap2.

tapi hari ni, bila kita semakin memahami erti Ramadan, kita taw bulan Ramadan ni banyak berkatnya. bulan ni adalah bulan Allah gandakan ganjaran pahala berlipat kali ganda, utk kita kejar pahala tu sbagai bekalan kita nanti. cuba bayangkan mcm mana kalau kita nampak pahala tu terawang2 di langit, di bumi? mesti kita akan cuba sedaya upaya nak dapatkan pahala tu kan? tapi Allah Maha Bijaksana, Dia taw manusia ni penuh dengan haloba dan sifat tamak dalam diri. so Allah uji kita dengan tak memperlihatkan ganjaran2 yang Allah bagi. utk org2 yang nampak ganjaran2 tu melalui hati, mereka lah orang2 yang beruntung.

jadi kawan2, jom kita sama2 perbaiki diri, tingkatkan amalan di bulan Ramadan ni. sebab belum tentu Allah akan panjangkan umur kita utk bertemu dengan Ramadan tahun depan kan. banyakkan bersedekah, sebab bulan Ramadan ni salah satu hikmahnya kita dapat rasakan mcm mana jadi org susah, tak dapat makan n terpaksa tahan lapar sebab tak mampu nak beli makanan. kita akan ingat, ooo macam ni rupanya org miskin rasa, tu baru sehari, ada yang dah smpai berhari2 tak makan, lagi kesian kan? InsyaAllah bila kita ingat cmtu, tangan ni akan jadi lebih ringan utk bersedekah. apa yang ada pada kita semua Allah pinjamkan, bukan hak milik kita. kita dilahirkan tanpa ada apa2, dan macam tu jugak kita akan dikembalikan nanti. apa lah yang nak dibanggakan dengan harta dan wang ringgit tu kan?

bulan Ramadan, Allah akan ikat syaitan2 yang selalu hasut kita dgn godaan yang bermacam2. yang tinggal hanyalah hawa nafsu yang pun selalu mengajak kita ke arah keburukan. tapi, bersama2 dengan nafsu Allah ciptakan akal fikiran, utk melawan hawa nafsu. jadi kawan2, mari kita gunakan akal dengan sebaiknya, supaya nafsu tak mengusai diri kita.

ampunkan segala khilaf diri ni, kita semua adalah hambaNya yang lemah, tak dapat lari dari melakukan silap. maaf kalau ada kata2 yang pernah menyakitkan sape2, atau perbuatan yang tak disenangi. semoga kita semua beroleh keberkatan di bukan Ramadan ni..

bukan senang bernafas dalam jiwa hamba. :)

ok, kali ni lagu blog versi bulan ramadan plak..mari sama2 hayati! :D

Sunday, August 8, 2010

im home :)

Alhamdulillah. eventhough d journey is far more tiring den i expected, im finally home =)

d journey started from manipal, we took a bus to bangalore airport, it was a 12hrs journey. yes, 12hours. what a long journey huh?siesss sakit vertebral column duduk dlm bas lama2. dah jd macam makcik kna osteoporosis. sakit urat, sakit tulang, sengal2, sakit otot, suma ada.

we reached bangalore airport at 7am. flight ke kl pkul 5. so we have to wait for another 10hrs. nak ke bangalore city pun macam tak berbaloi, sbb agak jauh dr airport. tmbang teksi dah beribu2 rupees, so we decided to stay kt bangalore airport je. tgk movie, tido, makan2, amek gamba, itu lah agenda kami slama 10jam. hari yang sgt tak productive kan?but its fun! :)

paling menarik, waktu nak solat zohor, kami carik la surau, kot2 la ada kat kawasan airport tu, walaupun dah tawu peluangnya amat tipis. sbbnya, kt bangalore ni tak rmai muslim, macam kat manipal. kat manipal siap boleh dngar azan lagi. so, kami pun carik la tempat yg strategik utk solat. las2 we decided utk solat dkt koridor, sbb tmpat tu mcm sesuai la jugak, tak kotor sgt n org pun tak ramai yg lalu lalang. Alhamdulillah, seronok rasa dpt solat dkat open air, dgn angin tiup2, trasa nikmat bermusafir :)

tiba2, waktu km tgh solat..

ada org amek gambar! dari arah depan pulak tu..

adoi. tak khusyuk nak solat. tak penah tgk org solat agaknya diorg ni :)


pukul 2.30ptg, km pun check in. luggage agak overweigh sbb bwk balik bnyk sari. tp naseb baik tak kena bayar. lpas immigration suma, km pun pegi makan pizza hut. pizza hut india sgt kaya dgn rempah2 ok! suma bnda diorg nak letak kayu manis, jintan, cengkih. layan je la makan. lidah ni dah dapat adapt pun. haha! den terpaksa tunggu lg smpai kul 5ptg. den ada plak announcement flight delay. haish. air asia mmg sgt femes dgn delay2. last2 pukul 6ptg baru la km depart from bangalore airport. here d real journey started :) malaysia here i come~~~

exactly at 0030 malaysian time, km pun smpai la tanah air tercinta. terasa lain udara malaysia ngn india. udara yg dah kuhirup selama 20taun, of coz la lain kan?hehe. over je kan. den smpai2 lcct, terus serang mcd. smpai2 kt kaunter tu, order la chicken spicy combo ngn mcflurry. ohh how much i miss oreo mcflurry. yummy3!

ok, den bermalam la kt lcct, dkat mcd, starbucks. bukan bole tido pun, sakit blakang sbb asyik duduk je. pkul 6.30am, check in utk flight ke penang. den 8.30am, flight pun depart. Alhamdulillah, smakin hampir dngan kulimku terchenta :D sempat lagi tukar baju, pakai baju india dgn kasut india, nak buat suprise kat mak. haha sure terkejut tgk anak dia dah bertukar rupa. kasut tu tinggi, bajet nak bagi mak nmpak tinggi sket la kan, sbb mak slalu kata anak dia yg sorg ni terbantut, kecik tak macam adik bradik lain. last2 dah smpai penang, sakit kaki. siap luka lagi haaa. hmm lepas ni sure tak pakai dah. sanggup jd pendek drpd menyakitkan kaki dan menyeksa diri. haish.

smpai penang airport pukul 9.30am, kluar2 trus nampak mak, abah, ngn adi. adi ponteng skolah smata2 nk g airport. haha. terus peluk mak ngn abah, rindu sangat2. kalau dlu tak balik 5bulan steady ja. tp ntah la, kali ni terasa sgt2. mak sempat lg nanges. keh3

Alhamdulillah, selamat smpai walaupun bnyk dugaan dan cabaran :)

ok, ni part paling best. sampai2 tu, abah terus bawak g makan ikan bakar. kedai tu sgt menarik, bnyk betul menu2 kampung. apa lagi, terus sental apa yang ada. kat india makanan mmg sedap2, tp of course tak dapat nak samakan dgn tempat sniri kan. smbal belacan, kangkung goreng belacan, sambal macang, ulam2, pajeri nenas, terubuk bakar, I LIKE!!! :D

soo, makan la dgn lahapnya. abah senyum ja tgk, dah tak makan bape hari agaknya anak aku ni. haha. makan, makan, makan lg, makan lg2! tiba2 upsssss! TERCEKIK TULANG IKAN! adoii sakit sgt2, besar jugak tulang tu. habes mucous membrane dekar pharynx ni kena cucuk2. abah suruh makan nasi kepai nak bagi hilang. berkepai2 makan, tak hilang2 jugak. minum air pun bergelas2, still ada lg tulang tu. drpd dok bising dlm keta masa mula2 smpai, terus jadi snyap. tak boleh nak cakap, SAKIT!

den medical student syndrome pun muncul. teringat dr mohan, my lecturer penah cakap, dkt tengkuk kta ni ada satu lubang, nama dia piriform fossa. dkt dalam fossa ni ada internal laryngeal nerve. nerve ni la yang menyebabkan kita uwek2 kalau something msuk dlam mulut. tp kalau ada damage, contohnya kalau tulang ikan cucuk2 nerve tu smpai damage, kita boleh dapat dysphagia (tercekik) n it can be fatal. siesss GELABAH gle bla teringat cita dr mohan tu. terus cakap kat abah nak g klinik. abah pun bawak g klinik, tak smpai umah pun lg haa. pegi klinik, doc tu pun amek torchlight suluh kot2 nmpak tulang ikan tu. tp tak nmpak sbb dalam sgt. so dia pun cakap, its ok, dun wery, nnt tulang ikan tu reput la sniri. huh???!!! doc ckp mcm ni? adoii smntara nk tunggu tulang reput, SAKIT KOT!

tak percaya sorg doc bole wat statement cmtu. haha. dah la kena charge smpai rm24. sgt terasa mahalnya. sbb kalau kt india skali jumpak doc habes mahal pun 2 3 rngt. melampau sgt la smpai rm24. huhu kesian kt makcik pakcik yg susah. mesti takut nak g klinik kalau sakit. takut kena bayar mahal. :(

den smpai rumah, terus teguk air bergelen2, dgn harapan tulang ikan tu akan msuk dalam perut. tp tak jugak hilang. sakit sgt2. sabar je la. makcik2 kat klinik td suruh pegi wat air jampi. haha..

den on d way ke rumah tok, tiba2 rasa selesa ja tekak ni. yessss dah hilang! Alhamdulillah :) tp kesan2 luka tu still ada la, terasa berdenyut2 tekak ni. but at least, tak payah tunggu smpai reput la kan :D

smpai kt umah tok, terus jerit, 'toooooooookkkkkk!'..tok terkejut, sbb mmg tak bagitaw pun nak datang umah tok. terus cium2 tok, tok nanges. tok mmg sensitif. dari kecik lg, kalau ada probs, mesti tok yang jd my pouring bowl. tok akan nanges kalau tgk cucu dia nanges. maybe sensitivity dalam diri ni pun sbb gene tok la. haha..dun blame me for being oversensitive at times, but blame d protein yg buat gene tu okie!

'tok jangan la nanges, ana balik ni'..lg teruk tok nanges. haha. sayang sgt2 kat tok. mmg dari kecik tok la yang besarkan. time nak g skolah dulu tok akan goreng cekodok pisang wat bekal. mmg tu la febret smpai skrg. tgn tok sorg ja yg mampu wat cekodok sedap cmtu. haritu webcam ngn tok kat india pun tok nanges sungguh2. tok mengadu tak bape sehat. slalu pening2, rasa nak pitam. tapi tok still kena masak hari2, utk wan ngn pakcik. tok sgt kuat, i really admire her.

den lpas jumpak tok, terus jumpak wan.

'wan, knai dak ni sapa?'

'ntah la, sapa dia?tak knai pun.' wan jawab.

meleleh air mata dngar wan ckp cmtu. tp mmg takleh nk salahkan wan. wan mmg tak ingat dah. short term memory pun dah tade. kadang2 lpas makan nasik, wan akan marah tok sbb tak hidangkan nasik. walhal nasik dah masuk perut dah. tok sabar ja. sedih kdg2 tgk, tp nak wat cemana kan, wan mmg dah tak ingat pape. wan asyik tnya, bape lama dah kt india? 5 bulan, wan. wan terkejut. huh! 5 bulan? takde org gtaw wan pun. dgn muka ala2 merajuk. walhal dah bnyk kali tok bgtaw.

lepas seminit, wan akan tnya lagi, bape bulan dah kt india?5 bulan, wan. wan akan terkejut lagi. itu la yg berlaku berkali2, smpai la wan totally forget d whole story. den bila tanya balik, wan ingat tak ni sapa?wan akan lupa balik. sedih mmg sedih, kalau dulu wan la org yg bawak ke sana sini ronda2 naik moto. amek dari sekolah, kelas kafa, bwk bli barang2. wan tak kedekut, nak apa suma wan akan bagi. tp sejak wan dah tak ingat, wan asyik mintak duit ja. balik smlm pun wan sempat tnya, mna duit bg kt wan?ana tade duit, ana bli pen kat wan. pen tulis manipal university. wan hepi sgt2. nak tulis nama2 cucu katanya :)

Alhamdulillah, terasa diri ni kembali ceria dapat jumpak dgn family. family mmg sgt penting kan. emosi kita, perjalanan hidup kita, suma bermula dgn family. syukur Allah hadiahkan such a great family to me. i need them so much, i love them even much.

result kuar lg 2minggu. boleh check melalui internet. wish me luck :)

n semoga cuti ni dapat diisi dgn bnda2 yang bermanfaat. c ya kawan2! :D