Thursday, December 2, 2010

Mr brain..

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab r.a katanya:

Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa (niat) hijrahnya kerana Allah dan RasulNya, baginya pahala hijrah kerana Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa (niat) hijrahnya kerana dunia yang hendak diperolehinya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya, untuk apa dia hijrah.

- Riwayat Bukhari dan Muslim -

***

dari awal lagi islam dah ajar, betapa pentingnya niat sebagai initiator kepada apa yang akan kita lakukan, dan sebagai guide ke arah mana pembawakan diri kita. dlm medic, tak wujud istilah niat atau nawaitu yang diajar. itulah agenda sistem pembelajaran moden, agama dan ilmu dipisah2kan. tapi segala mechanism yang diajar membuktikan yang apa yang islam ajar tak pernah salah, atau bercanggah dengan kejadian manusia.

tapi kali ni bukan nak cakap pasal sistem pembelajaran, tapi sesuatu yang kita panggil MINDSET. betapa besarnya influence mindset dalam kehidupan kita.

sebagai contoh, bila kita cakap 'malam ni aku nak study' dan kita betul2 ikhlas dan nekad nak study, kita akan terdorong untuk study malam tu. tapi kalau kita ckp, 'malam ni nak tido la, kalau terjaga bangun la study, kalau tak jaga pun its ok', maka konfeeeem kita takkan bgn malam tu. melainkan kalau nk terr terr jela kan. hehe

nak bangun solat subuh pun sama jugak. kalau kita pesan kt diri sniri sebelum tido, 'aku akan bangun subuh', insyaAllah dengan sendirinya kita akan terjaga waktu subuh esoknya. tapi kalau kita tido berniatkan 'esok aku nak bangun lambat la hoooraaay!', maka akan berlakulah fenomena yg kita panggil subuh gajah atau lebih parah lg subuh dinosour iaitu solat subuh dekat2 nk masuk waktu zohor.

den perasan tak, bila sesuatu benda tu kita buat hari2, dengan automatiknya bnda tu akan jd rutin dalam hidup kita. contohnya, kalau kita biasa bgn pagi awal, hari2 kita bangun awal. sbb tu la rutin hidup kita. sama jugak dengan tabiat pemakanan, kalau hari2 kita makan nasik, pelik rasanya kalau tak makan nasik dlm sehari. kan?

satu lagi fenomena, sesuatu yang kita katakan PERCEPTION. bila kita kata 'i hate biochem! i hate biochem infiniiiiity! nama chemicals pelik2 nak hafal pun tergulung2 lidah', kesannya sampai bila2 kita takkan suka biochem, dan sampai bila2 kita takkan dapat ingat reaction tu. kalau ingat pun tak lama, lepas exam suma hilang. tapi kalau kita kata 'aku sukaaaa biochem. indahnya reaction2 ni, indahnya nama2 chemicals ni' maka secara tak langsung kita mendorong diri kita menghayati apa yang ada dalam biochem. dan perasaan suka dan cintakan biochem tu akan bertambah2.

itulah kehebatan sumting we called it as BRAIN. bukan the pinky n the brain, tapi HUMAN BRAIN. dan menunjukkan betapa hebatnya sang Maha Pencipta.

jadi setiap niat yang kita pasangkan dalam hati kita, memberi impak yang sangat besar kpd otak. otak sebagai 'saya yang menurut perintah', tak kisah la perintah yang baik atau yang buruk, dan akal sebagai pemerintah.

semuanya bergantung kepada kita, sama ada kita yang nk control our brain, atau kita nak biarkan our brain yang control kita. mcm mana otak nk control manusia? bila mana manusia bg satu arahan, contohnya aku memang pemalas, sampai bila2 pun aku pemalas. jadi otak pun akan laksanakan tugas dia untuk jadikan kita seorang yang pemalas. selagi kita tak ubah arahan tu, selagi tu la otak akan buat kerja dia sampaikan lama2 otak sendiri dah terbiasa dengan arahan tu. susah bila arahan tu nak diubah. maka jadilah kita sorg yang pemalas.

so kawan2, ayuh jadi pemerintah yang baik kepada otak kita. jangan cemarkan organ yang sangat hebat ni dengan benda yang bukan2. NIAT atu MINDSET sangat penting dlm setiap perkara yang kita lakukan. TAPI bukan sekadar niat, niat kerana Allah Taala. renung2kan, selamat beramal~ :)

WE ARE WHAT WE THINK WE ARE..


7 comments:

Fau~ said...

tambahan jugak kita kena bersangka baik slalu la kan..
jgn cpt melatah..
barulah niat kita alwez baik2 blaka..

cadangan utk miss blogger ltakkan hadis Imam Nawawi tu skali..na?

tp yg org ckp 'ikut hati mati , ikut rasa binasa ' cmna tu?boleh relate kan skali x?

xpe kan byk request ;)

Fau~ said...

tak sama?mcm sama ja cuma ayat dia ja lain..
sbb apa yg kita buat msti from niat..
kot mana pon msti terlintas dlm hati..
cth 'ish lapar la , nk mnum rs'
kan2?

so akal dan hati kena main peranan la..
saling bekerjasama..
hee :)

~Izyani~ said...

heee tepat skali. akal dan hati kena la cooperate, xbule la sorg terlebih sorg tkurang kan..

hehe gud2, mr reader bila pulak nk start blogging ni?ponat den tunggu..hihi :D

Fau~ said...

heh ye2 insyaAllah akan dtg..nantikan yee..
tgh carik ilham n feel nk blogging ni..heh

Anonymous said...

hati=u mean qalbu?

ok sekarang letak tangan dekat dada
now where is that MR KB?

Fau~ said...

to anonymous :

hubungan akal dgn hati amat rapat , sehingga dlm Al-Quran dan hadis dinyatakan bahawa hati ibarat lombong @ mata air kpd akal dan ilmu..

rujuk surah al-Haj:46

adapun stakat yg saya tahu tiada lg ulama' yang membahaskan cara Nabi letak di dada tu bagaimana dan di mana.kalau ada sila kongsi bersama.sekian

~Izyani~ said...

to anonymous,

bukan semua bnda kita bole nampak. kita sbgai manusia biasa ada limitations dan capabilities yang terhad.

bila kita ckp, jadilah manusia berakal, kita sniri tak tahu kat mana akal tu, tapi kita yakin akan kewujudan akal. sama jugak dgn nafsu, jiwa dan etc2..

wallahualam :)

Post a Comment