Sunday, July 31, 2011

ahlan wa sahlan ya ramadhan :)

assalammualaikum semua :)

post pertama dalam bulan ramadhan. insyaAllah 30hari yg mendatang akan menjadikan insan yang lebih baik, lebih istiqamah, lebih khusyuk tunduk kepada Yang Maha Pencipta. Alhamdulillah, masih berkesempatan berada dalam bulan yang Allah janjikan banyak ganjaran kepada hambaNya. cuma kita tak nampak, kerana manusia hidup dengan mengambil pengajaran dari setiap ujian. Allah turunkan ujian utk menilai sejauh mana sandaran kita kepadaNya. dan ujian Allah tak slalunya datang dlm bentuk yang nyata. justeru kita perlu mencari segala makna yg tersirat di sebalik stiap apa yang berlaku dlm hidup kita..hee :)

target Ramadhan kali ni, nak menjaga hati. hati yang Allah jadikan sangat fragile, sangat sensitif. susah nak dibentuk sepertimana yang kita nak. kita mudah terasa, kita mudah tersinggung dengan perbuatan dan percakapan org lain. kita tak bersangka baik dgn org, kita mudah nak mencari gali di mana kesalahan dan kesilapan org. daripada 1000 kebaikan yang kita buat, 1 kesilapan yang akan menjadi tatapan di bibir manusia. itu bukanlah lumrah manusia, tapi hati yang tersalah dibimbing. hati yang kurang dijaga, kurang diberi nutrient2 yang diperlukan. sehinggakan kita terlalu cepat menghukum orang, terus membenci mereka yang melakukan kesilapan. sedangkan Islam tak pernah mengajar kita membenci antara satu sama lain. yang perlu dibenci itu bukanlah orang yang melakukan kesilapan, tapi kesilapan atau dosa yang dilakukan oleh orang tu. jangan terlalu cepat menilai orang lain, kerana mereka yang disangka jahil itu tak semestinya dibenci Allah, malah mungkin diangkat darjatnya di sisi Allah..

yang kedua, nak mengawal perasaan marah. marah itu semuanya dari syaitan. bila syaitan diikat pd bulan ramadhan, tapi kita masih lagi tak boleh nak kawal perasaan marah, siapa yg kita nak salahkan?salahkan diri sniri, yang terlalu hanyut dgn godaan syaitan, sehinggakan nafsu amarah itu menjadi sebati dalam diri kita. part n parcel of our life. sedangkan orang yang berjaya itu adalah orang yang benar2 mampu mengawal perasaan marahnya. berjayakah kita? :)

jadi kawan2, mari sama2 jadikan ramadhan tahun ni sesuatu yang baru, yang menjadi titik permulaan utk perubahan diri kita ke arah yang lebih baik. mungkin manusia di sekeliling melihat kita dengan pelbagai pandangan yang negatif, tapi ingat, Allah tak pernah membenci hamba2Nya. bersandarlah kepadaNya, bertawakal dalam setiap perkara. tapi ingat, tawakal tanpa usaha dan doa juga sia2. dlm dunia ni tak ada benda yang datang bergolek. usaha sebagai satu cara utk kita tunjukkan sejauh mana kita benar2 menghayati setiap keinginan yang kita letakkan dengan niat kerana Allah..

dan bila disebut tentang ibadat, harus diingat ibadat bukan hanya mendirikan solat, berpuasa, tapi ibadat adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah. bila kita makan, dengan meletakkan Allah di hati kita, itu juga satu ibadat. kita belajar, menuntut ilmu, pergi ke kelas, itu juga satu ibadat. maka pahalanya juga Allah gandakan sepertimana ibadat2 lain yg kita lakukan dlm bulan ramadhan. selagi kita meletakkan Allah dlm setiap langkah pergerakan kita, insyaAllah ada ganjaran yang Allah akan berikan.. :)

salam ramadhan buat semua. insyaAllah kali ni 27hari bakal berpuasa kat india. heee :)



Sunday, July 24, 2011

:)


Bila kau terus pandangi langit di angkasa
Takkan ada habisnya, segala hasrat di dunia :)


aku ingin menjadi..seekor rama2 yg bebas terbang,

sekali sekala hinggap di bunga-bungaan, menjadi perhiasan, memberi keceriaan..

aku ingin menjadi..ombak di lautan,

tak pernah gusar menghadapi apa jua yang mendatang, takkan mundur hingga sampai ke pesisiran..

aku ingin menjadi..awan yang biru,

indah, menenangkan, mampu melindungi penghuni bumi dari panas sang mentari..


namun, aku adalah aku. punyai seribu impian, sejuta harapan.

hari ini aku terus melangkah, mencari makna kehidupan.


semoga dipermudahkan perjalanan :)

Saturday, July 23, 2011

today's lessons









another trip to the orphanage, but this time it is far more touching n moving than ever T.T

today i met a new boy living there, he's just 5 years old n his parents had just passed away. he's a very shy boy, he rarely speaks. n the 'seniors' there enjoy bullying him, pinching his nose and shouting on his face. n this small boy, he'll just cry, alone. he has no one to tell or at least share his sadness. at least when i was 5, i have grandparents, parents and so many people around me to wipe my tears when i am sad. looking at his face, i was wondering what would happen to this small little boy 20 years to come. i hope he'll grow up well, and become a good person, even without proper clothes to wear, good food to eat and most importantly, PARENTS to take care and love him endlessly.. :'(

life is not cruel. life is just treating different people in a different way. but why these innocent wonderful kids are chosen to go through this kind of life?

only God knows. there must be something better for the kids, i believe...

they looked at my highlighters, they didnt even know what it is. when i showed them my phone, it's like a miracle has happened, that they are able to at least touch a magical thing on earth. when i kiss them, it seems to be the happiest moment in their lives. i see those shining faces, full of hopes n relief, that the outside world at least do realize their existence. im touched. my heart just sank when a girl suddenly came to me, n asked me to kiss her, just a small kiss which makes her smile sooo widely.. T.T

Ya Allah, please bless them. please make their ways easy.. amiin

another lessons for today, always be grateful. nothing lasts forever, so enjoy every single little thing that we have, because that small thing might make a big difference when it is gone..like, a mum's kiss!


;)

Tuesday, July 19, 2011

autopsy..jeng3

Assalammualaikum suma :)

Ya Allah, lamanya tak menulis kat blog ni. bukan tak ingat, bukan tak terasa nak menulis. dah bnyk kali cuba tulis post baru, tp akhirnya suma msuk dlm draft T.T

guess my writing skill is deteriorating.

but that's fine, let's do it one more time.heeee :)

Alhamdulillah, masih diberi nikmat bernafas, the most precious gift yang Allah hadiahkan utk kita semua. sejak belajar forensic, beberapa kali tgk autopsy, baru rasa betapa indahnya nikmat kehidupan. setiap kali tgk mayat terbujur kaku kat depan mata, dgn keadaan yg bermacam2, ada yg ngeri, ada yg berbau, ada yg reput, terus terfikir agaknya mcm mana la keadaan diri sniri bila terbujur kaku tak bernyawa nanti. Semoga Allah berikan sebaik2 kesudahan utk kita semua. amiiiin :)

autopsy (bedah mayat) yg pertama saya attend, kes seorang budak berumur 16tahun, dipatuk ular dan meninggal 2hari kemudian. sedih bila baca history budak tu, tgh bekerja cari makan utk keluarga, tiba2 dipatuk ular. kemudian fmly hantar pegi hospital, tp disebabkan hospital kt situ tak cukup kemudahan, terpaksa pindah ke hospital yg jauhnya 6jam dari tempat kejadian. akhirnya sebab lambat dapat treatment, meninggal dlm usia yg sebegitu muda.

autopsy yg kedua, saya bernasib baik kali ni sbb dpt tgk 2kes dlm masa yg sama. kes yg pertama, seorang wanita 40-an, seorang biara di church dekat area2 manipal ni. dipercayai bunuh diri dengan bakar diri dengan kerosene (minyak gas), maka terbakar dimakan api lah makcik tu. pertama kali tgk keadaan org yg terbakar satu badan, mmg ngeri. nmpak mcm seketul arang yg besar. Ya Allah, mintak simpang bnda2 cmni.. T.T kes yang kedua pada hari yg sama, seorang mayat bayi yg dibuang hidup2 ke dlm tong sampah, tapi time dijumpai tu dah meninggal sbb separuh badan, dari pinggang ke kaki dah dimakan anjing. sedih tgk, boleh nmpk rupa bayi tu. mata, hidung, mulut walaupun dah separuh hancur. lagi sedih bila tgk cikgu forensic saya potong tgn baby tu utk dapatkan bone marrow as a DNA sample, utk trace family baby tu..huhu sob3

autopsy yg ketiga, kes RTA (road traffic accident). seorang pakcik 50-an dilanggar kereta. pakcik tu survive selama sehari n meninggal sehari selepas accident tu. dari segi physicalnya nmpk tak teruk sgt, tapi lepas skull ditakik dengan kejamnya oleh pekerja bilik mayat tu (orang india buat autopsy mmg sgt kejap okayy, guna parang hammer sume siap T.T) maka kelihatanlah hematoma (darah beku) yg mmg sangat dasyat menyelaputi keseluruhan otak pakcik tu. mungkin kuat sgt kena langgar time accident tu, sampai skull pakcik tu pun retak2. moral of the story, jgn lupa pakai helmet ye kawan2, walaupun nak pegi rumah sebelah sekalipun. sesungguhnya malang tak berbau (tapi saya sniri tak pakai helmet ok T.T)

autopsy yg keempat, iaitu yg terakhir setakat ni, kes seorang pakcik 70tahun yang tiba2 collapse dan meninggal. brought dead to the hospital. tapi cikgu2 forensic dah buat prediction mesti ada kaitan dgn jantung, sebab pakcik tu under treatment hypertension n heart disease. maka jantung pakcik tu pun dirobek2 dengan rakusnya. pertama kali dlm sejarah hidup saya menyaksikan sesuatu yg dipanggil 'cardiac tamponade' situasi di mana myocardial infarction (serangan jantung) menyebabkan jantung jadi lemah dan rupture. dan rupture menyebabkan darah berkumpul di luar jantung, yg dipanggil pericardiac space. disebabkan darah tak dpt dipump ke organ2 lain, pakcik tu pun meninggal secara mengejut. huhu takut sgt lepas tu, terus pegi exercise, sbb nak jaga jantung elok2. takut kan kaaaannn?

hurm itu lah kisahnya, pengalaman menyaksikan bedah mayat di india. penah jugak tgk procedure yg sama dekat msia, tapi msia punya doktor beradab sikit la. kalau kt sini mayat tu mmg tak direspek langsung, gedebuk gedebak dibuatnya mayat tu. takik kepala mcm takik buah kelapa T.T yang paling ngeri lepas dah habis cincang2 otak diorg letak je otak tu dlm perut, sekali dgn jantung, paru2 sume, pastu jahit ballik. at least doktor kt msia letak balik otak dlm kepala okaayyy...

sedikit info saya nk share tentang autopsy, ia adalah satu procedure post-mortem (lepas meninggal) yang dijalankan dlm kes2 unnatural death. mksudnya death yg tak diketahui atau tak pasti sebab kematian. contohnya, road accident, murder, suicide, shot dead, dan mcm2 lg. tapi kalau kematian yg ada medical proof yg patient tu meninggal sbb sakit sekian2, maka autopsy tak perlu dijalankan. n autopsy is not an option, but it's a must, dlm kes unnatural death. family si mati tak ada hak utk ckp 'awak tak boleh bedah mayat anak saya!', sebab ia melibatkan pihak polis dan mahkamah. so without permision they can simply do the autopsy.

mcm mana autopsy dijalankan?

beginiiiii...mula2 external examination dilakukan, utk tgk physical injury kt badan si mati. kemudian badan si mati akan dibuka, dari leher sampai la ke bawah pusat. tulang dada dipotong, dan organ2 dikeluarkan satu persatu, dari lidah sampai la ke usus besar. kemudian organ2 dipotong into pieces, utk tgk any internal injury, hemorrhage atau apa2 yg boleh membantu utk cari sebab kematian si mati. kemudian kulit kepala dipotong, skull dibuka guna sejenis alat yg tajam. kemudian guna HAMMER. yes, hammer ok T.T pastu brain pun dikeluarkan n cut into pieces. then suma organ dimasukkan balik TANPA ikut kedudukan sebenar, men sumbat2 je suma, n jahit balik mcm biasa. so kalau tgk keadaan mayat nmpak mcm tak ada apa2 yang berlaku, tp kt dlm hanya Allah yg tahu.

ye, bunyi mmg kejam, mmg scary. tapi apakan daya, bnyk sgt crime kt dunia sekarang ni. so ni je lah cara yang kita bole buat utk reveal the crime. bak kata lecturer saya. autopsy is a way the dead can communicate wif the livings..hmm

tapi bes dapat peluang tgk autopsy. dapat tgk different ways of death. n yg paling penting, menginsafkan. bersyukur masih ada peluang, ada masa utk perbaiki diri. oleh itu kawan2, mari kita guna setiap saat yang kita ada dengan sebaik mungkin, mungkin esok giliran kita pula terbujur di bilik mayat, who knows kan?

:)