Thursday, September 2, 2010

wan..(part 2)

Khamis, 26 Ogos 2010

Pagi tu ana smpai2 kt umah, tok terus tanya ana keadaan wan. ana bagitau tok, wan tgh kritikal, jantung wan tak sehat. mata tok terus bergenang. ana cakap kat tok yg ana sedih, masa anta wan td wan ckp bnyk, tapi masa ana tinggalkan wan, wan senyap tak kuar suara lgsg. masa kt emergency room wan sempat lg berseloroh ngn ana, wan ckp nafas wan kuat, pastu wan tnya ana dngar tak. ana angguk, wan tergelak kecil. tok suruh ana sabar, kata tok, nak buat mcm mana, kita doakan yg terbaik utk wan. insyaAllah tok, kita sama2 doa utk wan.

lepas sahur, ana pun siap2 nak solat subuh kt bilik wan. ana terpandang lantai tempat wan jatuh td. ada setompok darah pekat atas lantai tu. Ya Allah, kesiannya wan. mesti wan sakit kan. tp wan mmg kuat, bila ana tnya sakit tak, wan geleng2. tgn wan luka teruk, agaknya sbb masa jatuh tu wan cuba nak berpaut kat bucu katil, tapi last2 bucu katil tu cederakan tangan wan. ana tgk katil wan, bantal wan, bnyak tompok2 darah kering. wan, ana sebak sgt tgk suma tu.. :(

lepas tu ana tertido. kul 9 baru bgn. ana terus ajak pakcik pegi hospital. sampai2 kt hospital, ana nmpak troli mayat ditolak dari icu. hati ana berdebar2 time tu. terus ana pegi bilik wan, Alhamdulillah wan yg ana syg masih kt situ. rupa2nya pakcik yg katil bertentangan dengan wan yang meninggal. dokter sahkan dia kena pnyakit leptospirosis. pnyakit tu smakin menjadi2 kt area kulim skrg ni. habis semua kawasan air terjun dah kena tutup. smlm ana sempat smbg ngn abang pakcik tu, ada satu ayat dia yg buat ana betul2 terasa. dia ckp sapa2 yg ditempatkan kat icu tu, mmg akan kluar tak bernyawa. ana rasa mcm nak sumbat cili bnyk2 dlm mulut dia. bunyi mcm satu sumpahan pulak kt situ. hidup mati tu kan kuasa Allah. sapa dia nak tentukan nasib manusia. kan wan?

ana tgk keadaan wan, tak ada perubahan. BP wan still rendah. jantung wan nmpak ok sket, tapi dokter kata tu semua sebab ubat2 yg masuk ke dlm badan wan. kalau tak jntung wan sgt lemah nak pam darah. mcm2 dokter msukkan dlm badan wan, dopamine, noradrenaline, dobutamine, sumanya utk tlg jantung wan bekerja, n semuanya diberi dgn maximum dosage. dokter kt situ mmg baik, depa try buat yg terbaik utk wan. ana taw tu semua uk kebaikan wan, tapi ana tak sanggup tgk badan wan kena cucuk sana sini, plaster sana sini. kalau wan sedar, wan mesti dah tarik2 semua tu. sebab wan mmg tak suka kena cucuk. Ya Allah, kalau la ana dapat berkongsi kesakitan wan.. :'(

sepanjang hari tu, ada 3org meninggal dunia kt icu. ada sorg pakcik tu kan wan, dia temankan anak dia. anak dia baru umur 21tahun. anak dia kena sawan lepas tu terus koma. kesian ana tgk pakcik tu, dah bermalam2 dia tido atas lantai hospital yg sejuk tu beralaskan kotak berbantalkan lengan. dah la nyamuk bnyk kat situ. mlm tu kan wan, pakcik tu turun tgk tv kat bawah. nurse suma carik dia sebab anak pakcik tu tgh nazak. tp tak jumpa. ana tgk nurse2 tu ajar anak pakcik tu mengucap. tak lama lepas tu dengup jntung zero, suma wave2 dah bertukar jadi horizontal line.

Innalillahiwainnailaihiroji'un...

pakcik tu pun masuk dlm bilik icu, tapi anak dia dah meninggal dunia. dia tak nanges, pakcik tu tabah sgt. dia ckp Alhamdulillah, sebab anak dia datang pada mlm jumaat, kembali pun pada malam jumaat, bln Ramadhan pulak tu. anak dia baik, tak pernah menyusahkan keluarga. pakcik tu ckp dia tak sanggup tgk anak dia terseksa, so dia redha. Subhanallah, mulia betul hati pakcik tu kan wan. tak lama lepas tu, troli mayat yg ditutup dgn kain koko tu pun diusung kluar ke bilik mayat. kali ketiga utk hari ni...

Jumaat, 29 Ogos 2010

malam tu ana, pakcik ngn juan tido kt icu. pagi tu lepas kluar bersahur, ana msuk icu nak tgk wan. ana tgk nurse ngn dokter2 tgh kelam kabut kt katil wan. sorg nurse tu cakap kt ana, 'dik, tokwan adik ni nmpak tenat. BP dia makin turun, inject apa pun dah tak respond. panggil adik beradik suma masuk baca yasin, ajar dia mengucap na?' Ya Allah, lidah ana kelu lepas nurse ckp mcm tu. air mata tumpah mcm hujan ribut. lutut ni terasa lemah sgt nak berdiri. ana asyik salahkan diri ana sebab setuju dgn cadangan dokter tu. ana asyik pikir, kalau la ana pilih choice yg lg satu, wan mungkin akan selamat. itu lah lumrah manusia kan wan, sentiasa diburu pilihan2 yg kita tak taw apa endingnya. teringat poem d road not taken. kalau la ana pilih jalan yg satu lg...

lepas sejam, semua ahli keluarga smpai. km bcakan yasin silih berganti. pakcik ngn juan bisikkan kalimah Allah tak henti2 kt telinga wan. nurse cadangkan nak buat CPR, tapi CPR hanya dapat tolong wan bernafas lebih lama, in d end wan akan pegi jugak, kata nurse tu. semua org tak setuju. biarlah wan pegi dgn tenang, tak perlu nak tmbah sakit wan lagi. so nurse pun tak jadi buat CPR..

sejam kemudian, BP wan naik. heart rate wan pun nmpak stabil. Alhamdulillah, wan dipanjangkan umur. wan kesayangan ana mmg kuat :)

sepanjang hari tu ana tunggu kat icu. mcm2 yang ana tgk, wan. ada sorg pakcik tu kan, dia admitted ke icu hari yg sama dengan wan. dia accident masa tgh bwk moto. ada kereta langgar dia, lepas tu dia terjatuh. den kena pulak gilis dgn lori. Ya Allah, hebatnya dugaanMu. umur pakcik tu 79tahun, tapi dia sihat. hari tu kan wan, dia pegi ambil bubur lambuk kat masjid, lepas balik dari masjid tu dia accident. pakcik tu dgn moto dia tercampak ke dlm longkang, sapa2 pun tak nampak. lori yg langgar dia terus lari. berjam2 pakcik tu dlm longkang, dlm keadaan sedar. mcm mana la perasaan dia tgk kaki dia hancur kena gilis kan wan.. :( lepas berjam2 dlm longkang tu, baru ada org nampak, waktu tu dah bnyk darah yg hilang.

pagi tu kan wan, pakcik tu kritikal. anak2 dia semua dah berkumpul kat icu. ana selalu sembang ngn sorg anak pakcik tu. dia baik sgt. dia la yg selalu cita pasal ayah dia kat ana. masa nurse panggil ajarkan pakcik tu mengucap, ana pun ikut masuk skali. waktu tu bp pakcik tu dah rendah. 40/27 mmHg ja. jantung pun dah slow. tak lama lepas tu, ana tgk heart rate dah 0. tapi pakcik tu nmpak bernafas lagi. dlm hati ana, ana rasa pakcik tu dah meninggal, cuma alat bantuan pernafasan tu yg menyebabkan pakcik tu bernafas. anak2 dia terus bisik kalimah syahadah kt telinga dia. sebak sgt suasana waktu tu. tu la pertama kali ana saksikan sakaratul maut. tak lama lepas tu, sorg dokter datang, sahkan pakcik tu dah meninggal. dia offkan alat bantuan pernafasan, dada pakcik tu tak bergerak, pakcik tu dah tak bernafas...

Ya Allah, daripadaMU kami datang, kepadaMU kami akan dikembalikan..

2 comments:

Nur Hidayah Abd Rashid said...

ana..bnyakn bsabar ye. dayah hanya mampu kirimkan al fatihah. semoga arwah wan tenang d sana. isyallah.

~Izyani~ said...

insyaAllah, thanks dayah. kita sama2 kirimkan Al-Fatihah kat arwah k..

Post a Comment