Thursday, September 9, 2010

hepy eid mubarak :)

selamat hari raya kawan2 :)

taun ni first time beraya tanpa wan, fmly decide raya ala2 kadar ja.

mintak maaf kawan2 manipal, sy kurang aktif utk raya sakan.

apapun semoga open house kita berjalan lancar.

ok, takmau sedih2, tak elok raya2 ni kan :)

n taun ni jugak first time beraya di perantauan.

first time nk merasa solat raya dgn rakyat india. :)

***
anyway, to all my blog readers, slamat hari raya aidilfitri.

semoga semua selamat smpai ke kampung halaman.

n mintak maaf zahir dan batin, dari hujung rambut hingga hujung kaki.

sy manusia biasa, tak dpt lari dr melakukan kesilapan.

kalau yg dpt duit raya bnyk sgt smpai taktaw nk simpan kt mana tu, ingt2 la org kt india sama nooo. :D

halalkan segala makan minum, kalau ada hutang2 tlg ingatkan.

semoga anda anda gembira dgn family n sanak saudara.

n kepada rakan2 d perantauan, jgn sedih2 taw..ur not alone :))

***
salam syg dan rindu dari izyani farhana, live from manipal, india~ :D


Thursday, September 2, 2010

wan..(part 3)

Isnin, 30 Ogos 2010

dah 5hari wan kat icu. tangan wan bengkak2. smlm dokter suruh pakcik sign consent utk jalankan dialysis kat wan. mula2 peritoneal dialysis, satu permanent tube besar dimasukkan dlm perut wan. den hemodialysis, satu lagi tube besar dimasukkan dlm paha wan. semua tu sbb kidney wan dah rosak. dokter ckp sbb bp wan terlalu rendah, so bnyk organ lain yg affected. takut ana tgk bnyk betul darah wan mengalir keluar melalui tube tu, msuk ke dalam machine, den masuk balik ke dalam badan wan. tak dapat ana bayangkan betapa sakitnya badan wan. dah la terlantar 5hari tak bergerak, kena pulak cucuk sana sini.

tapi hari tu keadaan wan nampak improved. bila ana tnya dokter, dokter kata terlalu awal utk kata wan is getting better. tapi hari tu ana tgk bp wan, heart rate wan, respiratory rate suma cantik. hati ni dah mula berbunga riang. mak, abah, tok suma nampak lega. wan pun dah mula bukak mata, mula faham apa yg kami ckp. bila ana suruh wan kejip mata, wan pun kejip. dila ckp mcm2 dgn wan, wan angguk2. tgn kaki wan suma aktif bergerak, cuma limited movement sbab tgn ngn kaki wan kena ikat. Alhamdulillah, hepi sgt tgk perubahan wan.

wan, lagi 2hari ana dah kena balik india. ana bagitau tok ana takmau balik lg, tp tok suruh ana balik, sbb tok risau ana balik sorg2. wan, ana nak teman wan kat icu, ana nak tgk wan sihat mcm dulu. tapi ana terpaksa balik. ana dah janji nak ubatkan wan, so ana kena balik utk teruskan perjuangan ana, smoga satu hari nnt ana dpt ubatkan wan.. :(

wan, ptg tu ana balik rumah, ana booking tiket flight dari penang ke lcct, dgn berat hati. ana ckp kat abah ana tak hepi nak balik, abah snyap ja. abah faham, kalau ana belajar kt dlm msia abah sanggup ja nak hantarkan ana balik bila2 masa, tapi apa nak buat, ana jauh :( ana tenangkan hati dgn kata keadaan wan dah bertambah baik, insyaAllah lepas ni wan mesti akan bertambah baik. 6bulan lagi ana akan balik jenguk wan...

Selasa, 31 Ogos 2010

wan, hari ni hari merdeka. dulu masa ana kecik2, wan mesti akan pasang bendera msia kt umah. wan mmg smngt bab2 negara ni. sebab wan dulu askar. 21thn wan jadi askar, berbakti utk negara. wan selalu cita kat ana pengalaman2 wan jadi askar. wan kata dulu wan keja merata tempat. sabah, sarawak suma wan dah smpai. wan selalu tunjuk kat ana album2 wan. wajah wan nmpak puas sgt stiap kali tgk gambar2 wan. wan mmg seronok jadi askar. smpai lepas wan pencen, setiap kali nak ke bendang, kebun kelapa sawit, kebun getah, wan akan pkai topi askar wan. mesti wan sorg askar yg hebat dlu kan? :)

tghari tu ana pegi lawat wan kat icu. tapi ana sedih sbb haritu wan dah tak gerak2 mcm semalam. wan nmpak letih sgt. anak mata wan nmpk putih ja. mata putih wan btukar kuning. ana risau sgt, sbb lecturer ana kata, bila mata putih jd kuning, tu symptom jaundice. maksudnya ada destruction of red blood cells dlm badan wan. ana ckp kt nurse tu, nurse tu kata its ok nnt dokter check. bila ana kata mata wan mcm kena jaundice, nurse tu gelak kat ana wan..huhu nurse, sy pun belajar jugak okie.. :(

adik2 decide nak balik skolah hari tu, tapi tgk keadaan wan, semua jadi tak smpai hati. ana lagi2 la, wan. dah la esok ana dah nak balik india. Ya Allah, beratnya hati ni. sepanjang ana kat india, ana selalu doa kt Allah, kalau Allah nak ambil wan atau sapa2 pun, ambillah waktu ana kt msia. wan, ana tak sanggup nak dngar berita sedih bila ana jauh beribu2 batu. sekurang2nya izinkan ana tatap wajah, kucup dahi org2 yang ana syg buat kali terakhir. kalau bole mlm tu ana nak temankan wan, tapi brg2 ana semua tak pack lagi. so ana pun balik. tgk keadaan wan, ana jadi sedih sgt. wan... :(

mlm tu, lepas ana kemas2 brg, ana tertido. letih sgt sbab semua benda kena settle dlm masa beberapa jam. hari tu la nak membeli brg bwk balik india, hari tu jugak la nak kena packing. ana beli mcm2 nak bwk balik, smpai luggage ana kena upgrade jd 30kg. maklumlah, nnt raya kt india. kena la bwk balik kuih raya, nasik himpit suma. kan wan?

pukul 11.05mlm, juan kol ana, tapi ana tak perasan sebab tgh tido. so juan pun kol mak. mak terus masuk bilik ana, bagitau wan tgh tenat, bp wan rendah sgt2. nurse dah panggil masuk bca yasin. semua org terus siap2 nak ke hospital. mlm tu dingin. rasa tenang ja. mlm ke-22 bulan Ramadhan. semua org tak bersuara dlm keta, masing2 berfikir, kalau la jadi mcm tu, kalau la jadi mcm ni..mcm2 dlm kepala ana waktu tu, wan. waktu tu ana dah nekad takmau balik india esok. tak kisah la ana kena balik sorg2 pun, yang pntg ana tak tinggalkan wan dlm keadaan tenat mcm tu. apa nak jadi, jadi la..ana syg wan, ana nak dekat dgn wan lebih2 lg bila wan tgh tenat mcm ni.

lepas setengah jam mengelamun, telefon mak berdering. waktu tu kami betul2 dah smpai kt pintu utama hospital.

'wan dah takdak...' terdengar suara dila sebak.

Inalillahiwainnailaihiroji'un..

air mata ana tumpah lagi, ana terdiam, kelu tak terkata.

susah nak terima hakikat akhirnya wan kluar dari icu, tp tak seperti yang ana bayangkan. jasad wan diusung atas troli mayat, ditutup dgn kain koko..

wan, wan dah jaga ana dari kecik, wan hantar, ambil ana dari sekolah, wan belikan semua yang ana nak, wan dah bnyk berjasa. ana selalu doa umur wan dipanjangkan, supaya ana boleh balas segala jasa wan. wan selalu kata kt ana, nnt dah jd dokter, sng la wan, tak payah nak p klinik, hospital. cucu wan boleh tgkkan wan kat umah ja.. wan, ana mintak maaf, ana tak sempat nak tunaikan impian wan tu. tapi ana lega, ana dapat jaga wan di hari2 terakhir wan.

Allah tu maha penyayang kan wan. Dia makbulkan doa ana, wan pergi waktu ana dekat dgn wan. walaupun ana tak sempat bersama2 wan waktu wan hembuskan nafas terakhir, sekurang2nya ana dapat kucup dahi wan, ana dapat tenung wajah wan puas2. wan nampak tenang, juan kata wan pegi pun senang. dlm bulan Ramadhan pulak tu. Alhamdulillah..insyaAllah, wan pegi dlm husnul khatimah.

wan, ana redha dgn pemergian wan. wan pun dah lama sakit, kali ni biarlah wan berehat kat sana.

wan, satu hari nnt ana ngn ahli keluarga yg lain pun akan ikut jejak langkah wan. insyaAllah kami akan sediakan bekalan akhirat supaya kita sekeluarga sama2 dapat berkumpul kt syurga Allah nnt..wan tunggu ana taw? ana sayang wan. syg sgt2..

wan, ana tak sempat nak ubatkan sakit2 wan. tapi ana janji selagi Allah izinkan ana bernafas, ana akan hadiahkan wan dgn kalimah2 Allah. ana akan selalu berdoa, agar Allah letakkan wan dlm kalangan org yang beriman. tu ja medium communication ana dgn wan sekarang ni. ana dah tak bole urut dada wan bila wan penat, ana dah tak bole pegang tgn wan kalau wan nk pegi tandas. ana dah tak bole kucup, usap dahi wan. tapi ana akan sentiasa ingat wan, ana janji..

wan, ana tak sangka air yang wan minum mlm tu minuman terakhir wan. puding jagung yang ana beli tu makanan terakhir wan. nasik terakhir yang wan jamah berlaukkan ikan siakap yang ana beli kt bazar Ramadhan. dah lama ana berhajat nak bawak wan makan ikan bakar, tapi keadaan wan tak mengizinkan. sehari sebelum wan masuk hospital, ana tergerak nak bli ikan siakap sweet sour, bg wan makan. ana belikan kuih seri muka kegemaran wan. wan makan walaupun susah nak telan.

wan, tompok2 darah wan kat bilik wan seolah2 kenangan terakhir yang wan tinggalkan sebelum wan pegi. hari2 sebelum tu, bila ana balik umah tok, ana nampak wan. wan duduk kat atas buaian, wan lambai2 bila ana ngn adik2 datang melawat wan. ana nmpak wan duduk atas kerusi plastik yg wan slalu duduk. ana dngar suara wan. masa ana mula2 smpai dari india tu, wan seronok sgt tnya psal india kat ana. tp wan tak ingat, wan ulang soalan yang sama2 bnyk2 kali. ana sebak sgt, tp ana takmau wan sedih, ana pun jawab berulang2 kali. wan tnya ana dah brapa lama kt india, ana ckp 5bulan. wan terkejut, wan merajuk sbb takdak sapa pun bagitau wan ana kat india. wan, tok selalu bagitau wan, tapi wan tak ingat :(

tapi hari tu, ana balik umah tok, ana tak nmpak wan. ana tak dengar suara wan. kerusi plastik yg wan selalu duduk tu jadi tempat letak kain pelekat wan. rupa2nya wan tgh tido atas katil kt ruang tamu. tapi tido wan yg kali ni lain sgt. ana dah tak dngar bunyi nafas wan, ana tgk badan wan dah tak bergerak. muka wan ditutup dgn kain putih...

wan ingat tak, ana bagi kat wan pen laser yg ada tulis manipal university. wan hepi sgt dapat pen tu. wan kata nak tulis nama cucu2 wan. tapi wan tak sempat pun nak tulis :(

wan, hari ni wan dah pegi buat slama2nya. tapi kenangan2 ana bersama wan takkan ana lupa. ana dah tak dapat ikut wan motong getah, tgk lembu kat kebun, turun bendang, tangkap ikan, tgk mesin padi, ronda2 pusing kampung. tapi ana janji, ana takkan lupa suma tu, taw wan?

wan, ana perlukan sedikit masa utk kembali ceria mcm dlu. buat masa ni ana lemah lagi nak hadapi setiap perkara dlm hidup ana. minggu depan ana dah nak start klas, terasa trauma sgt nak berhadapan dgn cadaver. blok baru ni ana akan blajar pasal kidney. mungkin jiwa ana akan terganggu skit stiap kali ana tgk kidney. tapi ana akan blajar jadi kuat. wan akan jadi kekuatan ana. mungkin ana tak dapat tolong rawat wan, tapi ana taw wan mesti gembira kalau ana dapat tolong org lain kan. insyaAllah segala yang ana buat, ana akan hadiahkan kepada wan. ana akan tolong wan selagi ana mampu. insyaAllah wan tenang n bahagia kat sana.

wan, Alhamdulillah pagi tu sebelum ana terbang ana dapat kucup pipi wan. ana terkilan tak dapat ikut wan ke tempat persemadian wan, tapi ana bersyukur, Allah dah bagi lebih dari apa yang ana minta. ana sempat mengaji beberapa juzuk utk wan, tu hadiah ana yang terakhir sebelum ana balik india. ana peluk tok, ana cium tok, ana taw tok lagi kuat dari ana. wan, ana janji ana akan jaga tok. tapi buat masa ni, ana jauh dari tok. ana janji lepas ana habis blajar kat india, ana akan tolong wan tengokkan tok. taw wan? ana taw wan syg tok. dulu wan slalu suruh ana tnya tok senyap2 tok syg wan tak. bila ana tnya tok, tok marah wan. gaduh2 manja. wan sweet sgt.. ana syg tok dgn wan..

pukul 7.30pagi, abah antar ana pegi penang airport. kaki ni terasa berat nak melangkah. tapi ana kuatkan diri, ana taw wan pun tak suka kalau ana sedih2. sebelum ana msuk departure gate, ana peluk abah. abah pesan ana jgn sedih2. yg dah lepas biar lepas. ana kena redha. wan dikebumikan pukul 11pg, waktu tu ana dlm flight ke kl. turun2 flight, ana call mak. Alhamdulillah, wan dah dikebumikan. semuanya berjalan seperti yg dirancang. wan, insyaAllah bulan 2 ni ana balik lg, ana akan melawat wan. hari2 ana akan melawat wan. ana syg wan. syg sgt2...

wan, ana dah smpai manipal. Alhamdulillah ana dah dpt tenangkan diri. tapi segalanya mengingatkan ana kat wan. smlm dlm bas, driver tu pasang lagu hindustan. org lain hepi dngar lagu2 hindustan, tapi ana sedih. sebab wan suka filem hindustan. masa ana kecik2, tiap2 hari sabtu wan akan ingatkan ana supaya ingatkan wan tgk cita hindustan kt tv3. wan, nnt kita tgk sma2 lg taw?

wan, ana tak sempat bwk wan jalan2 kat india. ana mintak maaf.. :(

wan, kita semua milikNYA. setiap yg bernyawa pasti akan merasa mati. setiap manusia akan kembali kepadaNYA. cuma masa wan lebih awal dari ana. wan, ana janji ana takkan sia2kan hidup ana. ana nak wan gembira tgk ana dari atas sana.

wan, ana akan rindukan wan. ana syg wan, dan ana akan sentiasa syg wan, smpai bila2. wan jgn lupa taw..

Ya Allah, tenangkan roh wan kat sana. lindungi wan dari segala seksa kubur. masukkan wan dlm golongan org yang beriman. Allahumma amin~

end of a life chapter. Saleh Bin Abdul Rahman, 1935-2010.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita akan dikembalikan.

-Al-Fatihah-

wan..(part 2)

Khamis, 26 Ogos 2010

Pagi tu ana smpai2 kt umah, tok terus tanya ana keadaan wan. ana bagitau tok, wan tgh kritikal, jantung wan tak sehat. mata tok terus bergenang. ana cakap kat tok yg ana sedih, masa anta wan td wan ckp bnyk, tapi masa ana tinggalkan wan, wan senyap tak kuar suara lgsg. masa kt emergency room wan sempat lg berseloroh ngn ana, wan ckp nafas wan kuat, pastu wan tnya ana dngar tak. ana angguk, wan tergelak kecil. tok suruh ana sabar, kata tok, nak buat mcm mana, kita doakan yg terbaik utk wan. insyaAllah tok, kita sama2 doa utk wan.

lepas sahur, ana pun siap2 nak solat subuh kt bilik wan. ana terpandang lantai tempat wan jatuh td. ada setompok darah pekat atas lantai tu. Ya Allah, kesiannya wan. mesti wan sakit kan. tp wan mmg kuat, bila ana tnya sakit tak, wan geleng2. tgn wan luka teruk, agaknya sbb masa jatuh tu wan cuba nak berpaut kat bucu katil, tapi last2 bucu katil tu cederakan tangan wan. ana tgk katil wan, bantal wan, bnyak tompok2 darah kering. wan, ana sebak sgt tgk suma tu.. :(

lepas tu ana tertido. kul 9 baru bgn. ana terus ajak pakcik pegi hospital. sampai2 kt hospital, ana nmpak troli mayat ditolak dari icu. hati ana berdebar2 time tu. terus ana pegi bilik wan, Alhamdulillah wan yg ana syg masih kt situ. rupa2nya pakcik yg katil bertentangan dengan wan yang meninggal. dokter sahkan dia kena pnyakit leptospirosis. pnyakit tu smakin menjadi2 kt area kulim skrg ni. habis semua kawasan air terjun dah kena tutup. smlm ana sempat smbg ngn abang pakcik tu, ada satu ayat dia yg buat ana betul2 terasa. dia ckp sapa2 yg ditempatkan kat icu tu, mmg akan kluar tak bernyawa. ana rasa mcm nak sumbat cili bnyk2 dlm mulut dia. bunyi mcm satu sumpahan pulak kt situ. hidup mati tu kan kuasa Allah. sapa dia nak tentukan nasib manusia. kan wan?

ana tgk keadaan wan, tak ada perubahan. BP wan still rendah. jantung wan nmpak ok sket, tapi dokter kata tu semua sebab ubat2 yg masuk ke dlm badan wan. kalau tak jntung wan sgt lemah nak pam darah. mcm2 dokter msukkan dlm badan wan, dopamine, noradrenaline, dobutamine, sumanya utk tlg jantung wan bekerja, n semuanya diberi dgn maximum dosage. dokter kt situ mmg baik, depa try buat yg terbaik utk wan. ana taw tu semua uk kebaikan wan, tapi ana tak sanggup tgk badan wan kena cucuk sana sini, plaster sana sini. kalau wan sedar, wan mesti dah tarik2 semua tu. sebab wan mmg tak suka kena cucuk. Ya Allah, kalau la ana dapat berkongsi kesakitan wan.. :'(

sepanjang hari tu, ada 3org meninggal dunia kt icu. ada sorg pakcik tu kan wan, dia temankan anak dia. anak dia baru umur 21tahun. anak dia kena sawan lepas tu terus koma. kesian ana tgk pakcik tu, dah bermalam2 dia tido atas lantai hospital yg sejuk tu beralaskan kotak berbantalkan lengan. dah la nyamuk bnyk kat situ. mlm tu kan wan, pakcik tu turun tgk tv kat bawah. nurse suma carik dia sebab anak pakcik tu tgh nazak. tp tak jumpa. ana tgk nurse2 tu ajar anak pakcik tu mengucap. tak lama lepas tu dengup jntung zero, suma wave2 dah bertukar jadi horizontal line.

Innalillahiwainnailaihiroji'un...

pakcik tu pun masuk dlm bilik icu, tapi anak dia dah meninggal dunia. dia tak nanges, pakcik tu tabah sgt. dia ckp Alhamdulillah, sebab anak dia datang pada mlm jumaat, kembali pun pada malam jumaat, bln Ramadhan pulak tu. anak dia baik, tak pernah menyusahkan keluarga. pakcik tu ckp dia tak sanggup tgk anak dia terseksa, so dia redha. Subhanallah, mulia betul hati pakcik tu kan wan. tak lama lepas tu, troli mayat yg ditutup dgn kain koko tu pun diusung kluar ke bilik mayat. kali ketiga utk hari ni...

Jumaat, 29 Ogos 2010

malam tu ana, pakcik ngn juan tido kt icu. pagi tu lepas kluar bersahur, ana msuk icu nak tgk wan. ana tgk nurse ngn dokter2 tgh kelam kabut kt katil wan. sorg nurse tu cakap kt ana, 'dik, tokwan adik ni nmpak tenat. BP dia makin turun, inject apa pun dah tak respond. panggil adik beradik suma masuk baca yasin, ajar dia mengucap na?' Ya Allah, lidah ana kelu lepas nurse ckp mcm tu. air mata tumpah mcm hujan ribut. lutut ni terasa lemah sgt nak berdiri. ana asyik salahkan diri ana sebab setuju dgn cadangan dokter tu. ana asyik pikir, kalau la ana pilih choice yg lg satu, wan mungkin akan selamat. itu lah lumrah manusia kan wan, sentiasa diburu pilihan2 yg kita tak taw apa endingnya. teringat poem d road not taken. kalau la ana pilih jalan yg satu lg...

lepas sejam, semua ahli keluarga smpai. km bcakan yasin silih berganti. pakcik ngn juan bisikkan kalimah Allah tak henti2 kt telinga wan. nurse cadangkan nak buat CPR, tapi CPR hanya dapat tolong wan bernafas lebih lama, in d end wan akan pegi jugak, kata nurse tu. semua org tak setuju. biarlah wan pegi dgn tenang, tak perlu nak tmbah sakit wan lagi. so nurse pun tak jadi buat CPR..

sejam kemudian, BP wan naik. heart rate wan pun nmpak stabil. Alhamdulillah, wan dipanjangkan umur. wan kesayangan ana mmg kuat :)

sepanjang hari tu ana tunggu kat icu. mcm2 yang ana tgk, wan. ada sorg pakcik tu kan, dia admitted ke icu hari yg sama dengan wan. dia accident masa tgh bwk moto. ada kereta langgar dia, lepas tu dia terjatuh. den kena pulak gilis dgn lori. Ya Allah, hebatnya dugaanMu. umur pakcik tu 79tahun, tapi dia sihat. hari tu kan wan, dia pegi ambil bubur lambuk kat masjid, lepas balik dari masjid tu dia accident. pakcik tu dgn moto dia tercampak ke dlm longkang, sapa2 pun tak nampak. lori yg langgar dia terus lari. berjam2 pakcik tu dlm longkang, dlm keadaan sedar. mcm mana la perasaan dia tgk kaki dia hancur kena gilis kan wan.. :( lepas berjam2 dlm longkang tu, baru ada org nampak, waktu tu dah bnyk darah yg hilang.

pagi tu kan wan, pakcik tu kritikal. anak2 dia semua dah berkumpul kat icu. ana selalu sembang ngn sorg anak pakcik tu. dia baik sgt. dia la yg selalu cita pasal ayah dia kat ana. masa nurse panggil ajarkan pakcik tu mengucap, ana pun ikut masuk skali. waktu tu bp pakcik tu dah rendah. 40/27 mmHg ja. jantung pun dah slow. tak lama lepas tu, ana tgk heart rate dah 0. tapi pakcik tu nmpak bernafas lagi. dlm hati ana, ana rasa pakcik tu dah meninggal, cuma alat bantuan pernafasan tu yg menyebabkan pakcik tu bernafas. anak2 dia terus bisik kalimah syahadah kt telinga dia. sebak sgt suasana waktu tu. tu la pertama kali ana saksikan sakaratul maut. tak lama lepas tu, sorg dokter datang, sahkan pakcik tu dah meninggal. dia offkan alat bantuan pernafasan, dada pakcik tu tak bergerak, pakcik tu dah tak bernafas...

Ya Allah, daripadaMU kami datang, kepadaMU kami akan dikembalikan..

wan..(part 1)

Assalammualaikum wan..

wan sihat tak kat sana? mesti wan tenang kat sana kan :)

wan, baru 2hari wan tinggalkan kami, tp ana dah rasa rindu yang teramat sgt kat wan. ana tak pernah rasa kehilangan org yang betul2 ana syg. buat pertama kalinya, baru ana taw betapa sakitnya perasaan tu. wan, ana redha dgn pemergian wan, tapi smpai ke hari ni, ana belum cukup kuat nak hadapi hari2 seterusnya. setiap perkara yang ana tgk, ana dengar, ana makan, ana mesti teringat kat wan.. T.T

Rabu, 25 Ogos 2010

hari tu ana tido kat umah wan. dah 2mlm ana tido umah wan, terpikir jugak nak balik umah, tapi hati ni terasa berat sgt. ptg tu wan nampak penat sgt, nafas pun mcm tersekat2. wan berulang2 kali asyik kata 'wan penat ni, tak buat apa2 pun penat. nyawa tak lepas..' ana mampu tgk ngn dengar ja wan. ana mintak maaf wan, ilmu ana tak seberapa lg utk tlg ubatkan wan. hari tu wan tak selera nak makan. minum pun tak, wan kata susah nak telan. ana belikan puding jagung febret wan, ana potong empat, tp wan makan sepotong ja. sedih ana tgk, selalunya wan suka makan, bagi apa pun habis wan makan. tapi hari tu.. :(

petang tu ana tgh msk sayur cendawan kt dapur. wan asyik ulang- alik dari bilik ke dapur. wan nampak gelisah, tak senang duduk n tercungap2. ana suruh wan duduk, jgn gerak2, jgn ckp bnyk nnt lagi penat. tapi wan nak jugak ckp, wan kata kalau tak ckp nnt org kata wan sombong pulak. wan, dari kecik ana kenal wan. wan tak sombong taw wan. nafas wan bunyi kuat sgt, kroh..kroh.. bunyinya. wan memang selalu penat, tapi penat kali ni mmg lain sgt.

tgh2 kt dapur, tiba2 ana dngar makcik jerit, 'mak, mai tgk ayah pasepa ni, jatuh kot'. tok terus lari tgk wan. 'ana, ana, mai tgk wan ni...', tok panggil ana dgn suara tersekat2. terus ana lari tgk wan. Ya Allah, wan jatuh tertiarap atas lantai, badan wan lgsung tak gerak, suara wan tak kluar. terus ana ngn tok angkat wan. badan wan still tak gerak. Ya Allah, dahi ngn tangan wan penuh dengan darah. mata wan terbukak tapi sikit pun tak bergerak. ana nanges sambil suruh wan mengucap. time ana bisik 'Lailahaillallah' kat telinga wan, mata wan bergenang. mulut wan bergerak2 cuba mengikut. 5minit wan statik mcm tu, kemudian baru la wan mula bercakap n bergerak mcm biasa. Alhamdulillah, wan kembali bernafas, walaupun nafas wan nampak perit sgt.

wan ingat tak, hari tu paklang ngn fmly bukak posa kt umah wan. maklang msk mi kari. tapi wan tak jamah sikit pun, wan tertido time km tgh bukak posa. waktu berbuka tu, maklang ngn makcik gelakkan ana. depa kata ana panik masa wan jatuh td, smpai nanges merambu2, mcm mana nak jaga patient dah jd dokter nnt. wan, ana tak cukup kuat lagi. wan doakan ana kuat taw? paklang ngn pakcik decide nak bwk wan p hospital lpas terawih mlm tu. lega hati ana, ana dah tak sanggup tgk wan sakit mcm tu.

malam tu, wan terus siap2 nak pegi hospital. wan asyik kata' wan dah nak mati ni..' sedih ana dengar, 'wan jgn la ckp cmtu, mengucap bnyk2.' wan pun mengucap. dah siap2 suma, paklang ajak ana ikut skali bwk wan p hospital. smpai2 terus depa suruh ana bwk wan msuk zon merah. sebab wan nmpak kritikal sgt. lepas hantar wan nurse kt situ suruh ana kluar, depa nak rawat wan. sejam lepas tu, ada announcement suruh waris wan msuk. pakcik pun masuk, dokter kt situ bagitau pakcik keadaan wan. wan nmpak tenat katanya, so dokter suggest 'bed rest', wan diberi ubat tdo n msuk icu.

waktu tu kan wan, ana terdengar dokter kt situ ckp kt dokter sorg lg, 'obviously this patient has cardiomegaly'. ana terpandang chest x-ray wan, Ya Allah besarnya jantung wan. dgn size badan wan yang kecik, jntung wan seolah-olah dah occupy lebih dari setengah size badan wan. teringat apa yang ana belajar, cardiomegaly ni normal utk athletes, tapi utk normal ppl, it is absolutely abnormal, and not a good condition. it happens when d heart is forced to work more. ana pun tanya dokter tu, 'ada option lain tak dokter?' dokter tu ckp, 'd other option is to let him be like this. tapi kesian la tgk dia mcm ni.' ana memang tak smpai hati tgk wan cmtu, wan asyik ajak balik, serba salah ana dibuatnya. ana pun kata kat wan, 'kita nak berubat ni wan, kalau balik umah pun tak boleh buat apa2, wan penat ni'. wan mengangguk faham, wan mintak air, tu la kali pertama wan mintak air utk hari tu. nurse pun bg segelas air, wan teguk pelan2. pastu ana cakap kt pakcik, 'pakcik, ikut ja la apa dokter tu kata, takkan kita nak biar wan cmni..' pakcik angguk perlahan. lepas tu dokter suruh ana ngn pakcik kluar.

sejam kemudian, depa tolak wan kuar dari emergency room ke icu. ana, pakcik ngn paklang ikut wan dari belakang. tadi wan bergerak sana sini, mintak nak balik, mintak nak minum, tnya ana mana tok, tapi sekarang wan dah tak bergerak. takpa la, kesian wan dah bermalam2 tak dapat tido, at least bila dokter bg ubat tido, wan dapat rehat secukupnya. kan wan?

msuk ja icu, mcm2 wayar depa pasang kt mulut, tgn, badan wan. ada satu tube besar dlm mulut wan. tube tu dimasukkan smpai ke trachea, utk tolong wan bernafas. Alhamdulillah, nafas wan nampak makin tenang dgn adanya alat bantuan pernafasan tu. den dokter td kluar, dia ckp heart rate wan tinggi, 160/min. normal heart rate 75/min. blood pressure wan rendah. so dia ckp nak bg electric shock utk stablekan dengup jntung wan. selama ni ana selalu tgk dlm cita House mcm mana dokter2 bg shock tu, nampak cm sakit ja. ana tak smpai ati, tapi ana nak tgk wan sihat. ana terpaksa mengangguk. wan, ana mintak maaf, ana taw wan sakit kena shock tu, tapi pilihan apa yang ana ada.. :(

so, dokter pun bg electric shock kt dada wan. Alhamdulillah, jantung wan nampak stable sikit lepas tu, 100/min. lepas tunggu beberapa jam, ana, pakcik ngn paklang pun balik utk sahur. esok km datang lagi, masing2 dgn harapan keadaan wan akan btambah baik..