Sunday, July 31, 2011

ahlan wa sahlan ya ramadhan :)

assalammualaikum semua :)

post pertama dalam bulan ramadhan. insyaAllah 30hari yg mendatang akan menjadikan insan yang lebih baik, lebih istiqamah, lebih khusyuk tunduk kepada Yang Maha Pencipta. Alhamdulillah, masih berkesempatan berada dalam bulan yang Allah janjikan banyak ganjaran kepada hambaNya. cuma kita tak nampak, kerana manusia hidup dengan mengambil pengajaran dari setiap ujian. Allah turunkan ujian utk menilai sejauh mana sandaran kita kepadaNya. dan ujian Allah tak slalunya datang dlm bentuk yang nyata. justeru kita perlu mencari segala makna yg tersirat di sebalik stiap apa yang berlaku dlm hidup kita..hee :)

target Ramadhan kali ni, nak menjaga hati. hati yang Allah jadikan sangat fragile, sangat sensitif. susah nak dibentuk sepertimana yang kita nak. kita mudah terasa, kita mudah tersinggung dengan perbuatan dan percakapan org lain. kita tak bersangka baik dgn org, kita mudah nak mencari gali di mana kesalahan dan kesilapan org. daripada 1000 kebaikan yang kita buat, 1 kesilapan yang akan menjadi tatapan di bibir manusia. itu bukanlah lumrah manusia, tapi hati yang tersalah dibimbing. hati yang kurang dijaga, kurang diberi nutrient2 yang diperlukan. sehinggakan kita terlalu cepat menghukum orang, terus membenci mereka yang melakukan kesilapan. sedangkan Islam tak pernah mengajar kita membenci antara satu sama lain. yang perlu dibenci itu bukanlah orang yang melakukan kesilapan, tapi kesilapan atau dosa yang dilakukan oleh orang tu. jangan terlalu cepat menilai orang lain, kerana mereka yang disangka jahil itu tak semestinya dibenci Allah, malah mungkin diangkat darjatnya di sisi Allah..

yang kedua, nak mengawal perasaan marah. marah itu semuanya dari syaitan. bila syaitan diikat pd bulan ramadhan, tapi kita masih lagi tak boleh nak kawal perasaan marah, siapa yg kita nak salahkan?salahkan diri sniri, yang terlalu hanyut dgn godaan syaitan, sehinggakan nafsu amarah itu menjadi sebati dalam diri kita. part n parcel of our life. sedangkan orang yang berjaya itu adalah orang yang benar2 mampu mengawal perasaan marahnya. berjayakah kita? :)

jadi kawan2, mari sama2 jadikan ramadhan tahun ni sesuatu yang baru, yang menjadi titik permulaan utk perubahan diri kita ke arah yang lebih baik. mungkin manusia di sekeliling melihat kita dengan pelbagai pandangan yang negatif, tapi ingat, Allah tak pernah membenci hamba2Nya. bersandarlah kepadaNya, bertawakal dalam setiap perkara. tapi ingat, tawakal tanpa usaha dan doa juga sia2. dlm dunia ni tak ada benda yang datang bergolek. usaha sebagai satu cara utk kita tunjukkan sejauh mana kita benar2 menghayati setiap keinginan yang kita letakkan dengan niat kerana Allah..

dan bila disebut tentang ibadat, harus diingat ibadat bukan hanya mendirikan solat, berpuasa, tapi ibadat adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah. bila kita makan, dengan meletakkan Allah di hati kita, itu juga satu ibadat. kita belajar, menuntut ilmu, pergi ke kelas, itu juga satu ibadat. maka pahalanya juga Allah gandakan sepertimana ibadat2 lain yg kita lakukan dlm bulan ramadhan. selagi kita meletakkan Allah dlm setiap langkah pergerakan kita, insyaAllah ada ganjaran yang Allah akan berikan.. :)

salam ramadhan buat semua. insyaAllah kali ni 27hari bakal berpuasa kat india. heee :)



0 comments:

Post a Comment