Thursday, September 2, 2010

wan..(part 3)

Isnin, 30 Ogos 2010

dah 5hari wan kat icu. tangan wan bengkak2. smlm dokter suruh pakcik sign consent utk jalankan dialysis kat wan. mula2 peritoneal dialysis, satu permanent tube besar dimasukkan dlm perut wan. den hemodialysis, satu lagi tube besar dimasukkan dlm paha wan. semua tu sbb kidney wan dah rosak. dokter ckp sbb bp wan terlalu rendah, so bnyk organ lain yg affected. takut ana tgk bnyk betul darah wan mengalir keluar melalui tube tu, msuk ke dalam machine, den masuk balik ke dalam badan wan. tak dapat ana bayangkan betapa sakitnya badan wan. dah la terlantar 5hari tak bergerak, kena pulak cucuk sana sini.

tapi hari tu keadaan wan nampak improved. bila ana tnya dokter, dokter kata terlalu awal utk kata wan is getting better. tapi hari tu ana tgk bp wan, heart rate wan, respiratory rate suma cantik. hati ni dah mula berbunga riang. mak, abah, tok suma nampak lega. wan pun dah mula bukak mata, mula faham apa yg kami ckp. bila ana suruh wan kejip mata, wan pun kejip. dila ckp mcm2 dgn wan, wan angguk2. tgn kaki wan suma aktif bergerak, cuma limited movement sbab tgn ngn kaki wan kena ikat. Alhamdulillah, hepi sgt tgk perubahan wan.

wan, lagi 2hari ana dah kena balik india. ana bagitau tok ana takmau balik lg, tp tok suruh ana balik, sbb tok risau ana balik sorg2. wan, ana nak teman wan kat icu, ana nak tgk wan sihat mcm dulu. tapi ana terpaksa balik. ana dah janji nak ubatkan wan, so ana kena balik utk teruskan perjuangan ana, smoga satu hari nnt ana dpt ubatkan wan.. :(

wan, ptg tu ana balik rumah, ana booking tiket flight dari penang ke lcct, dgn berat hati. ana ckp kat abah ana tak hepi nak balik, abah snyap ja. abah faham, kalau ana belajar kt dlm msia abah sanggup ja nak hantarkan ana balik bila2 masa, tapi apa nak buat, ana jauh :( ana tenangkan hati dgn kata keadaan wan dah bertambah baik, insyaAllah lepas ni wan mesti akan bertambah baik. 6bulan lagi ana akan balik jenguk wan...

Selasa, 31 Ogos 2010

wan, hari ni hari merdeka. dulu masa ana kecik2, wan mesti akan pasang bendera msia kt umah. wan mmg smngt bab2 negara ni. sebab wan dulu askar. 21thn wan jadi askar, berbakti utk negara. wan selalu cita kat ana pengalaman2 wan jadi askar. wan kata dulu wan keja merata tempat. sabah, sarawak suma wan dah smpai. wan selalu tunjuk kat ana album2 wan. wajah wan nmpak puas sgt stiap kali tgk gambar2 wan. wan mmg seronok jadi askar. smpai lepas wan pencen, setiap kali nak ke bendang, kebun kelapa sawit, kebun getah, wan akan pkai topi askar wan. mesti wan sorg askar yg hebat dlu kan? :)

tghari tu ana pegi lawat wan kat icu. tapi ana sedih sbb haritu wan dah tak gerak2 mcm semalam. wan nmpak letih sgt. anak mata wan nmpk putih ja. mata putih wan btukar kuning. ana risau sgt, sbb lecturer ana kata, bila mata putih jd kuning, tu symptom jaundice. maksudnya ada destruction of red blood cells dlm badan wan. ana ckp kt nurse tu, nurse tu kata its ok nnt dokter check. bila ana kata mata wan mcm kena jaundice, nurse tu gelak kat ana wan..huhu nurse, sy pun belajar jugak okie.. :(

adik2 decide nak balik skolah hari tu, tapi tgk keadaan wan, semua jadi tak smpai hati. ana lagi2 la, wan. dah la esok ana dah nak balik india. Ya Allah, beratnya hati ni. sepanjang ana kat india, ana selalu doa kt Allah, kalau Allah nak ambil wan atau sapa2 pun, ambillah waktu ana kt msia. wan, ana tak sanggup nak dngar berita sedih bila ana jauh beribu2 batu. sekurang2nya izinkan ana tatap wajah, kucup dahi org2 yang ana syg buat kali terakhir. kalau bole mlm tu ana nak temankan wan, tapi brg2 ana semua tak pack lagi. so ana pun balik. tgk keadaan wan, ana jadi sedih sgt. wan... :(

mlm tu, lepas ana kemas2 brg, ana tertido. letih sgt sbab semua benda kena settle dlm masa beberapa jam. hari tu la nak membeli brg bwk balik india, hari tu jugak la nak kena packing. ana beli mcm2 nak bwk balik, smpai luggage ana kena upgrade jd 30kg. maklumlah, nnt raya kt india. kena la bwk balik kuih raya, nasik himpit suma. kan wan?

pukul 11.05mlm, juan kol ana, tapi ana tak perasan sebab tgh tido. so juan pun kol mak. mak terus masuk bilik ana, bagitau wan tgh tenat, bp wan rendah sgt2. nurse dah panggil masuk bca yasin. semua org terus siap2 nak ke hospital. mlm tu dingin. rasa tenang ja. mlm ke-22 bulan Ramadhan. semua org tak bersuara dlm keta, masing2 berfikir, kalau la jadi mcm tu, kalau la jadi mcm ni..mcm2 dlm kepala ana waktu tu, wan. waktu tu ana dah nekad takmau balik india esok. tak kisah la ana kena balik sorg2 pun, yang pntg ana tak tinggalkan wan dlm keadaan tenat mcm tu. apa nak jadi, jadi la..ana syg wan, ana nak dekat dgn wan lebih2 lg bila wan tgh tenat mcm ni.

lepas setengah jam mengelamun, telefon mak berdering. waktu tu kami betul2 dah smpai kt pintu utama hospital.

'wan dah takdak...' terdengar suara dila sebak.

Inalillahiwainnailaihiroji'un..

air mata ana tumpah lagi, ana terdiam, kelu tak terkata.

susah nak terima hakikat akhirnya wan kluar dari icu, tp tak seperti yang ana bayangkan. jasad wan diusung atas troli mayat, ditutup dgn kain koko..

wan, wan dah jaga ana dari kecik, wan hantar, ambil ana dari sekolah, wan belikan semua yang ana nak, wan dah bnyk berjasa. ana selalu doa umur wan dipanjangkan, supaya ana boleh balas segala jasa wan. wan selalu kata kt ana, nnt dah jd dokter, sng la wan, tak payah nak p klinik, hospital. cucu wan boleh tgkkan wan kat umah ja.. wan, ana mintak maaf, ana tak sempat nak tunaikan impian wan tu. tapi ana lega, ana dapat jaga wan di hari2 terakhir wan.

Allah tu maha penyayang kan wan. Dia makbulkan doa ana, wan pergi waktu ana dekat dgn wan. walaupun ana tak sempat bersama2 wan waktu wan hembuskan nafas terakhir, sekurang2nya ana dapat kucup dahi wan, ana dapat tenung wajah wan puas2. wan nampak tenang, juan kata wan pegi pun senang. dlm bulan Ramadhan pulak tu. Alhamdulillah..insyaAllah, wan pegi dlm husnul khatimah.

wan, ana redha dgn pemergian wan. wan pun dah lama sakit, kali ni biarlah wan berehat kat sana.

wan, satu hari nnt ana ngn ahli keluarga yg lain pun akan ikut jejak langkah wan. insyaAllah kami akan sediakan bekalan akhirat supaya kita sekeluarga sama2 dapat berkumpul kt syurga Allah nnt..wan tunggu ana taw? ana sayang wan. syg sgt2..

wan, ana tak sempat nak ubatkan sakit2 wan. tapi ana janji selagi Allah izinkan ana bernafas, ana akan hadiahkan wan dgn kalimah2 Allah. ana akan selalu berdoa, agar Allah letakkan wan dlm kalangan org yang beriman. tu ja medium communication ana dgn wan sekarang ni. ana dah tak bole urut dada wan bila wan penat, ana dah tak bole pegang tgn wan kalau wan nk pegi tandas. ana dah tak bole kucup, usap dahi wan. tapi ana akan sentiasa ingat wan, ana janji..

wan, ana tak sangka air yang wan minum mlm tu minuman terakhir wan. puding jagung yang ana beli tu makanan terakhir wan. nasik terakhir yang wan jamah berlaukkan ikan siakap yang ana beli kt bazar Ramadhan. dah lama ana berhajat nak bawak wan makan ikan bakar, tapi keadaan wan tak mengizinkan. sehari sebelum wan masuk hospital, ana tergerak nak bli ikan siakap sweet sour, bg wan makan. ana belikan kuih seri muka kegemaran wan. wan makan walaupun susah nak telan.

wan, tompok2 darah wan kat bilik wan seolah2 kenangan terakhir yang wan tinggalkan sebelum wan pegi. hari2 sebelum tu, bila ana balik umah tok, ana nampak wan. wan duduk kat atas buaian, wan lambai2 bila ana ngn adik2 datang melawat wan. ana nmpak wan duduk atas kerusi plastik yg wan slalu duduk. ana dngar suara wan. masa ana mula2 smpai dari india tu, wan seronok sgt tnya psal india kat ana. tp wan tak ingat, wan ulang soalan yang sama2 bnyk2 kali. ana sebak sgt, tp ana takmau wan sedih, ana pun jawab berulang2 kali. wan tnya ana dah brapa lama kt india, ana ckp 5bulan. wan terkejut, wan merajuk sbb takdak sapa pun bagitau wan ana kat india. wan, tok selalu bagitau wan, tapi wan tak ingat :(

tapi hari tu, ana balik umah tok, ana tak nmpak wan. ana tak dengar suara wan. kerusi plastik yg wan selalu duduk tu jadi tempat letak kain pelekat wan. rupa2nya wan tgh tido atas katil kt ruang tamu. tapi tido wan yg kali ni lain sgt. ana dah tak dngar bunyi nafas wan, ana tgk badan wan dah tak bergerak. muka wan ditutup dgn kain putih...

wan ingat tak, ana bagi kat wan pen laser yg ada tulis manipal university. wan hepi sgt dapat pen tu. wan kata nak tulis nama cucu2 wan. tapi wan tak sempat pun nak tulis :(

wan, hari ni wan dah pegi buat slama2nya. tapi kenangan2 ana bersama wan takkan ana lupa. ana dah tak dapat ikut wan motong getah, tgk lembu kat kebun, turun bendang, tangkap ikan, tgk mesin padi, ronda2 pusing kampung. tapi ana janji, ana takkan lupa suma tu, taw wan?

wan, ana perlukan sedikit masa utk kembali ceria mcm dlu. buat masa ni ana lemah lagi nak hadapi setiap perkara dlm hidup ana. minggu depan ana dah nak start klas, terasa trauma sgt nak berhadapan dgn cadaver. blok baru ni ana akan blajar pasal kidney. mungkin jiwa ana akan terganggu skit stiap kali ana tgk kidney. tapi ana akan blajar jadi kuat. wan akan jadi kekuatan ana. mungkin ana tak dapat tolong rawat wan, tapi ana taw wan mesti gembira kalau ana dapat tolong org lain kan. insyaAllah segala yang ana buat, ana akan hadiahkan kepada wan. ana akan tolong wan selagi ana mampu. insyaAllah wan tenang n bahagia kat sana.

wan, Alhamdulillah pagi tu sebelum ana terbang ana dapat kucup pipi wan. ana terkilan tak dapat ikut wan ke tempat persemadian wan, tapi ana bersyukur, Allah dah bagi lebih dari apa yang ana minta. ana sempat mengaji beberapa juzuk utk wan, tu hadiah ana yang terakhir sebelum ana balik india. ana peluk tok, ana cium tok, ana taw tok lagi kuat dari ana. wan, ana janji ana akan jaga tok. tapi buat masa ni, ana jauh dari tok. ana janji lepas ana habis blajar kat india, ana akan tolong wan tengokkan tok. taw wan? ana taw wan syg tok. dulu wan slalu suruh ana tnya tok senyap2 tok syg wan tak. bila ana tnya tok, tok marah wan. gaduh2 manja. wan sweet sgt.. ana syg tok dgn wan..

pukul 7.30pagi, abah antar ana pegi penang airport. kaki ni terasa berat nak melangkah. tapi ana kuatkan diri, ana taw wan pun tak suka kalau ana sedih2. sebelum ana msuk departure gate, ana peluk abah. abah pesan ana jgn sedih2. yg dah lepas biar lepas. ana kena redha. wan dikebumikan pukul 11pg, waktu tu ana dlm flight ke kl. turun2 flight, ana call mak. Alhamdulillah, wan dah dikebumikan. semuanya berjalan seperti yg dirancang. wan, insyaAllah bulan 2 ni ana balik lg, ana akan melawat wan. hari2 ana akan melawat wan. ana syg wan. syg sgt2...

wan, ana dah smpai manipal. Alhamdulillah ana dah dpt tenangkan diri. tapi segalanya mengingatkan ana kat wan. smlm dlm bas, driver tu pasang lagu hindustan. org lain hepi dngar lagu2 hindustan, tapi ana sedih. sebab wan suka filem hindustan. masa ana kecik2, tiap2 hari sabtu wan akan ingatkan ana supaya ingatkan wan tgk cita hindustan kt tv3. wan, nnt kita tgk sma2 lg taw?

wan, ana tak sempat bwk wan jalan2 kat india. ana mintak maaf.. :(

wan, kita semua milikNYA. setiap yg bernyawa pasti akan merasa mati. setiap manusia akan kembali kepadaNYA. cuma masa wan lebih awal dari ana. wan, ana janji ana takkan sia2kan hidup ana. ana nak wan gembira tgk ana dari atas sana.

wan, ana akan rindukan wan. ana syg wan, dan ana akan sentiasa syg wan, smpai bila2. wan jgn lupa taw..

Ya Allah, tenangkan roh wan kat sana. lindungi wan dari segala seksa kubur. masukkan wan dlm golongan org yang beriman. Allahumma amin~

end of a life chapter. Saleh Bin Abdul Rahman, 1935-2010.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita akan dikembalikan.

-Al-Fatihah-

6 comments:

Nur Hidayah Abd Rashid said...

air mata xbhenti dr start bca.aw tabah sngt.. ana..jga dri ye

~Izyani~ said...

insyaAllah..ni sbg ingatan kat wan. lepas ni dah tade crita2 baru pasal wan. so nak tulis pnjg2 kali ni..al-fatihah

fatin syazwanni said...

takziah izyani~~ cdey sgt2 bca cita ampa..saba ye..ampa kna kuat..xleh cdey2 keyh..mesti wan ampa nk ampa kuat n truskan jnji ampa utk jd doc..be strong ye! =))

Fau~ said...

Allah with us and wan =)

zahidah rosli said...

be strong k.izyani!
al-fatihah untuk wan.insya allah bulan ramadhan ne membwa berkat kepada semua.amin =)

~Izyani~ said...

thanks suma..i'll be strong insyaAllah :)

Post a Comment