Tuesday, August 10, 2010

Ramadan is coming :)

Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur utk kita bertemu dgn bulan Ramadan. ramai kawan2 kita yang menanti2 kedatangan bulan ni, tapi tak berkesempatan. so utk kita yang Allah still bagi peluang utk merasai nikmat bulan Ramadan, mari kita gunakan peluang yang ada dengan sebaiknya.

Memang dari kecik, kita selalu dengar orang cakap bulan Ramadan bulan yang mulia. kita sendiri slalu sebut, tapi apa yang kita buat utk memuliakan bulan ni? masa kecik2 dulu, mmg seronok nak puasa, sbb org selalu cakap kalau tak puasa takleh raya. so btahan la jugak walaupun perut ni lapar sgt. kadang2 tu curik2 pecah puasa. haha. penah sekali dlu ajak kakak pecah puasa ratah milo. smpai mak pelik tgk milo luak semacam je..

time tu, kita still tak faham apa erti puasa yang sebenarnya. tak paham sbb Allah suruh hamba2Nya berpuasa, even malam2 niat 'sahaja aku puasa esok hari bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala', maksud kerana Allah Taala tu tak betul2 dihayati. sekadar menyebut tapi tak memahami. so puasa la hari2 smpai cukup 30hari. nak habiskan sehari tu macam2 agenda yang kita buat. main games, pegi shopping, tido, dgn harapan masa akan berlalu dgn cepat, so dat kita dapat bukak puasa n makan sedap2.

tapi hari ni, bila kita semakin memahami erti Ramadan, kita taw bulan Ramadan ni banyak berkatnya. bulan ni adalah bulan Allah gandakan ganjaran pahala berlipat kali ganda, utk kita kejar pahala tu sbagai bekalan kita nanti. cuba bayangkan mcm mana kalau kita nampak pahala tu terawang2 di langit, di bumi? mesti kita akan cuba sedaya upaya nak dapatkan pahala tu kan? tapi Allah Maha Bijaksana, Dia taw manusia ni penuh dengan haloba dan sifat tamak dalam diri. so Allah uji kita dengan tak memperlihatkan ganjaran2 yang Allah bagi. utk org2 yang nampak ganjaran2 tu melalui hati, mereka lah orang2 yang beruntung.

jadi kawan2, jom kita sama2 perbaiki diri, tingkatkan amalan di bulan Ramadan ni. sebab belum tentu Allah akan panjangkan umur kita utk bertemu dengan Ramadan tahun depan kan. banyakkan bersedekah, sebab bulan Ramadan ni salah satu hikmahnya kita dapat rasakan mcm mana jadi org susah, tak dapat makan n terpaksa tahan lapar sebab tak mampu nak beli makanan. kita akan ingat, ooo macam ni rupanya org miskin rasa, tu baru sehari, ada yang dah smpai berhari2 tak makan, lagi kesian kan? InsyaAllah bila kita ingat cmtu, tangan ni akan jadi lebih ringan utk bersedekah. apa yang ada pada kita semua Allah pinjamkan, bukan hak milik kita. kita dilahirkan tanpa ada apa2, dan macam tu jugak kita akan dikembalikan nanti. apa lah yang nak dibanggakan dengan harta dan wang ringgit tu kan?

bulan Ramadan, Allah akan ikat syaitan2 yang selalu hasut kita dgn godaan yang bermacam2. yang tinggal hanyalah hawa nafsu yang pun selalu mengajak kita ke arah keburukan. tapi, bersama2 dengan nafsu Allah ciptakan akal fikiran, utk melawan hawa nafsu. jadi kawan2, mari kita gunakan akal dengan sebaiknya, supaya nafsu tak mengusai diri kita.

ampunkan segala khilaf diri ni, kita semua adalah hambaNya yang lemah, tak dapat lari dari melakukan silap. maaf kalau ada kata2 yang pernah menyakitkan sape2, atau perbuatan yang tak disenangi. semoga kita semua beroleh keberkatan di bukan Ramadan ni..

bukan senang bernafas dalam jiwa hamba. :)

ok, kali ni lagu blog versi bulan ramadan plak..mari sama2 hayati! :D

1 comments:

Fau~ said...

barakillahufik~

Post a Comment