Sunday, October 31, 2010

tiada yang kedua..

takkan ada kehidupan kedua untuk kita. ini lah kehidupan pertama dan terakhir untuk kita semua. kalau kita tewas, tewaslah kita selama-lamanya.

maksudnya?terseksalah kita sampai bila2.

sampai bila2? cuba bayangkan di mana titik pengakhirannya.

infinity. tak dapat dibayangkan dengan akal fikiran manusia.

yes, never ending. endingless. forever.

sanggupkah kita jadi bahan bakar api neraka, utk SELAMANYA?

***

sakaratul maut, manusia akan merayu untuk diberi peluang, dihidupkan semula untuk berbuat kebaikan.

sedangkan Allah dah bg banyak peluang utk kita bertaubat semasa di dunia.

semuanya jelas di depan mata.

tapi kita tak nampak.

kenapa kita tak nampak?

kerana kita tak melihat.

kenapa kita tak melihat?

kerana bagi kita dunia ini terlalu 'indah'. banyak yg 'perlu' dilihat.


***

jangan bertangguh, jangan tunggu esok untuk berubah.

today is a gift, tomorrow is a mystery. why it's a mystery?

kerana agenda Allah, tak siapa yang tahu.

nasihat untuk diri sendiri dan kawan2. hati kita ibarat kerak nasi. dibiarkan makin keras. tapi kalau dicurah air, lembut lah ia..

jangan biarkan tipu daya dunia menjadikan hati kita tertutup rapat.. :)



*reflection kepada diri sendiri. agak miserable sejak kebelakangan ni..

Saturday, October 9, 2010

drama kehidupan..


Assalammualaikum kawan2 :)

dah lama rasanya tak berceritera kt blog ni. sory, life has been a bit messed up for d past few weeks. apapun, i guess im back to whom i used to be. Alhamdulillah, yakinlah Allah takkan pernah membiarkan hamba2Nya hidup dalam kesedihan. maka selagi kita mampu menadah kedua tangan kita untuk berdoa, BERDOALAH. tapi jika doa tu tak dimakbulkan, pastinya Allah punya agenda yang lebih baik untuk kita. DONT GIVE UP HOPE! :)

ok lah, so lagu blog pun dah bertukar. rasa sedih sgt bila dengar lagu sebelum ni. nak bukak blog pun rasa berat, sebab tiap2 kali bukak rasa nak nanges. lagu yang betul2 mengingatkan tentang kematian. ramai kawan2 tanya tajuk lagu tu, so kepada yang tak tahu, tajuk lagu tu BILA WAKTU TELAH BERAKHIR, nyanyian opick. lagu opick semua best2. bagus utk mereka yang nk muhasabah diri. contohnya lagu RAPUH, TAUBAT, KETIKA CINTA suma2 la :) lagu kali ni lebih kepada motivasi, sesuai dengan jiwa ni yang tengah mencari sinar dlm hidup.

ecehhh tudiaaaa ayaaaaattt..hehe!

so, 1 bulan 10 hari selepas wan pegi. mmg susah nk terima hakikat orang yang kita sayang dah tak wujud dalam dunia ni. tapi aku yakin, wan berada dalam satu alam yang lebih menjanjikan kebahagiaan yang hakiki. bebas dari segala fitnah dunia. InsyaAllah Allah akan sentiasa lindungi wan. dan bagi kita yang masih bernyawa ni, hidup perlulah diteruskan. di tengah2 perjalanan yang kita sendiri tak tahu di mana penghujungnya, kadangkala mungkin sayap kita cedera, patah, tapi itu tak bermakna kita tak boleh terus bergerak. andai kata kita tak tak mampu terbang sekali pun, kita masih mampu berlari, berjalan, merangkak, menyusur. walaupun perit, sakit, berusahalah, kerana mungkin esok bukan milik kita.

Hidup ibarat satu pertandingan mengutip ketulan batu di sepanjang jalan yang sangat panjang, yang menjanjikan hadiah yang cukup lumayan. semakin bnyk batu yang kita kutip, semakin banyaklah bekalan kita. jadi di tengah2 perjalanan, ada yang mengaku kalah, ada yang tak pernah mengenal erti putus asa, terus mengumpul ketulan2 batu yang ada. ada yang langkahnya cukup perlahan tapi masih mencuba. ada yang hanya melihat dan ada yang melihat sambil mentertawakan mereka2 yang berusaha. bagi mereka, BATU, apaa kesss kutip batu kan? tapi akhirnya, batu2 semuanya bertukar emas. maka menyesallah mereka yang hanya melihat tetapi tidak berusaha. lebih menyesal mereka yang mentertawakan org yang berusaha.

begitulah jugak kehidupan dunia. bezanya, pahala yang Allah janjikan kita tak nampak. kita berlumba untuk mengutip pahala untuk dijadikan bekalan akhirat. bagi mereka yang melihat melalui mata hati, mereka akan terus mengutip tanpa memikirkan pandangan buruk orang lain. tipu daya dunia, yang buruk semuanya nmpak indah, senang, tapi yang baik nampak susah dan membosankan. pahala yang kita tak nampak, tapi sebenarnya wujud dan sangat menguntungkan. jadi bagi kita yang sedar, kenapa kita tak berlumba2 untuk jadi antara pemenang hadiah lumayan yang Allah janjikan?

wahh panjang betul mukadimah. haha. ok lah, so nak bercerita pulak pasal life. jadi, block 3 dah bermula, bukan dah bermula tapi dah nak habis pun. cepat betul masa berlalu kan. block baru bermula dengan jiwa yang sangat terasa kosong sejak kehilangan wan. memang perit sangat rasanya bila duduk atas kerusi dalam kelas, mendengarkan lecture2 yang ada kaitan dengan wan. sakit bila dengar perkataan2 yang sama disebut oleh dokter yang rawat wan masa kat hospital. peritoneal dialysis, hemodialysis, dopamine bla3. setiap kali perkataan2 ni disebut, fikiran terus melayang, teringat hari2 terakhir bersama wan. teringat mulut dokter yang terkumat- kamit bercerita keadaan wan.

'pakcik ni kritikal, jantung dia terlalu lemah. kami dah bg maksimum dose dopamine utk kuatkan jantung dia, tapi still lemah..'

'kami perlukan persetujuan utk jalan dialysis. urea, creatine, blood dalam urine dia semua dah meningkat..'

'kami tak dapat nak janjikan apa2. peluang pakcik ni terlalu tipis..'

'tokwan adik ni nampak kritikal, masuk ajar dia mngucap, baca yasin suma ok?'

merawang2, terawang2. cukup sejam, lecturer pun keluar. aik, lecture dah habis?

macam tu lah hari2, 3minggu berdepan dengan keadaan mcm tu. satu info pun tak dapat nak absorb. masuk dissection hall, tgk cadaver, tgk organ2 kat abdomen, Allah ja yang tahu betapa terlukanya hati ni. cadaver pun dah rasa mcm taknak pegang, takut.

tapi Alhamdulillah, kawan2 sentiasa bagi smangat. tak putus2 mengingatkan tu lah realiti kehidupan. teringat kata2 abah, semua orang akan ke situ. hala tuju kita semuanya ke arah tu. so kenapa kita nak menangisi pemergian seseorang, bukankah dunia ni sememangnya takkan kekal? peringatan2 ni lah yang menjadi kekuatan diri. Alhamdulillah, hari ni warna2 pelangi semakin kelihatan, walaupun masih samar2 dilitupi kabus.. :)

jadi utk block baru ni, Alhamdulillah aku termasuk dalam table 8. student2 kat table ni akan jadi prosector, atau cikgu tulang kepada junior. setiap hari rabu kami akan ke kelas junior utk ajar details about human bones. tapi kecewa bila ada segelintir manusia yang tak boleh nak menerima kejayaan org lain. sampaikan kami yang kat table 8 ni dianggap sombong, tak layak orang lain nak dekat, terlalu perfect sampaikan bila kita cakap sesuatu yang salah, orang akan persoalkan, mcm ni ke budak table 8? sedangkan kita semua manusia, tak boleh lari dari melakukan kesilapan. itulah hidup, macam2 kerenah manusia kan?

jadi, 1st session bersama junior, kami diberi tanggungjawab untuk explain everything about clavicle and scapula. mmg tachycardia la. lagi2 dapat group junior yang hebat2. banyak jugak silap, tersalah cakap, tapi Alhamdulillah, ada jugak manusia yang tak cepat menghukum. diorang yang betulkan mana yang salah. seronok sgt dapat mengajar, lagi2 bila tgk junior smngat take note apa yang kita cakap. memang dari dulu minat sangat nak mengajar, d gene is there kan :)

then, nak bercerita pulak kisah hidup bersama tempe. tempe tu istilah utk warga tempatan, means rakyat india ni la. tempe ni pun macam2 perangai. ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang hidup meminta2, ada yang kuat menipu, ada yang kuat mencuri. biasalah, drama dunia kan. jadi alkisahnya, beberapa hari lepas balik sini, teringin sangat nak ada basikal, asyik jalan ja pegi mna2 sebelum ni. lagi pulak sekarang ni dah ada dapur dalam bilik, kalau ada basikal senang la nk pegi beli barang dapur kan. so pegi la beli basikal dengan semangatnya. usung balik naik oto. so sejak tu, pegi mana2 asyik naik basikal. seronok pulak dapat berbasikal kat negara orang. hehe. tapi....jodoh dengan basikal tu tak panjang. 9hari lepas beli basikal tu, dah hilang kena curi. time tu pegi beli barang kat kedai, baru 2minit masuk kedai, keluar2 dah lesap. huhu..rasa terkilan sangat, yelah basikal baru kan. pink pulak tu. tapi apa nk buat, dugaan. so pasrah jela..

so, hari2 seterusnya terpaksa lah ku lalui dengan kudrat yang ada. berjalan pegi sana, pegi sini. hari2 kena kejar dengan beggars, mintak duit, mintak makanan. kesian diorang, kadang2 tu sampai tak makan berhari sebab tade duit. tapi apa nak buat, ramai sangat, tak mampu nak tolong. paling dasyat ada sekali tu, pegi la beli buah kat kedai depan. teringin nak makan pisang, epal ngn oren. dah beli tu, dengan hepinya berjalanlah balik ke hostel. tiba2 ada sorg budak kecik ni datang. pakai skirt, terlompat2. sambil lompat2 dia tunjuk ke arah plastik buah yang aku pegang. adoii tak sempat lagi nak makan, dah kena serang. perangai beggars kat sini, kalau tak bagi, dia akan ikut sampai balik hostel. tapi kalau kita bagi, berduyun2 beggars yang akan ikut balik nanti. mula2 buat la muka garang kat budak tu, YILLAK, YILLAK, tu je la bahasa india yang aku tahu. haha :P tapi tak bergerak budak tu, terus lompat2 sambil tarik2 baju. haish agresif nampaknya budak ni. bagi la pisang, tu je yang mampu. epal ngn oren kat sini mahal, rm4 each. tapi bila bagi pisang taknak pulak ambil, dia tunjuk2 dekat epal ngn oren. amboiii demand nampak! tak bole jadi ni, kena larikan diri. lari punya lari, semua orang tengok, tapi apa kisah, demi nak selamatkan buah2. haha taknak mengalah tu! budak tu terus kejar. tiba2....

tup..tup..tup..tup. satu persatu buah jatuh bergelimpangan. budak tu tarik plastik buah smpai terkoyak. pastu terus dia ambil n lari.. T.T

nanges je la..

beggars kat sini suka gelakkan budak2 msia, sebab takut ngn diorg. mcm mana tak takut kalau mcm ni. haish :(

hurm tu la ceritera hidup. biarpun pahit akan ku telan jua. :)

sekian.

p/s : teringin nak kenal ngn mystery readers..

basikalku yang hilang. sob3

gambar2 raya...





1st time masuk salam perantauan utusan malaysia :D


Sunday, October 3, 2010

pelangi


mungkinkah akan ada pelangi yang muncul, selepas hujan ribut yang melanda?